Lim Lian Geok Spirit Award

Apa yang dimaksudkan dengan semangat Lim Lian Geok?

1. Dari segi hubungan antara negara dengan rakyat, ia menganjurkan kemerdekaan negara, kesamarataan sesama bangsa, perpaduan dan perasaan muhibah sesama rakyat, saling bertolerasi, tolong-menolong, makmur bersama serta berganding bahu dalam membangunkan negara.

2. Dari segi hak dan kepentingan etnik, khususnya dalam mempertahankan dan memperjuangkan status pendidikan bahasa ibunda yang sah, ia bermaksud keberanian untuk berjuang serta berkorban. Dengan kata lain, ia adalah suatu semangat yang berjuang gigih demi keadilan tanpa mengenal erti putus asa, malah mempraktikkan sikap ‘tidak berputus asa walaupun miskin dan berstatus rendah, tidak menyerah kalah walaupun berdepan dengan penindasan.’ (贫贱不移,威武不屈)

3. Dari segi pembinaan bangsa, semangat tersebut boleh ditafsirkan sebagai semangat yang sanggup berdedikasi untuk masyarakat tanpa mementingkan reputasi dan kepentingan diri serta menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sepenuh hati umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

4.Dari segi pemikiran organisasi dan gaya bekerja, ia bertunjangkan organisasi, iaitu, bijak memanfaatkan tenaga berbakat, mementingkan organisasi, mampu bekerja dan mencari penyelesaian secara berjemaah. Selanjutnya, ia juga perlu mampu berdikari, bersikap positif dan konstruktif.

5. Dari segi budi pekerti peribadi, ia boleh ditafsirkan orang yang tidak terlalu mementingkan penampilan luaran, namun berusaha mencari ilmu untuk mengisi kekayaan batin. Walaupun demikian, ia bermakna individu tersebut tidak mementingkan diri semata-mata, sebaliknya beliau mempunyai keprihatinan sosial yang tinggi. Dengan kata lain, ia bermakna seseorang itu membela keadilan dan menegakkan teladan baik hingga ke akhir hayat.

Anugerah SemangatMaklumat Lanjut