Penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2024 (Ke-37)-Cikgu Tan Eng Thong @ Tan Lip Thong

Pencadang:

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Chung Hua
No.1, Kuching, Sarawak

Kata-kata Pujian:

Cikgu Tan Eng Thong mengintegrasikan dua identitinya pada masa yang sama, iaitu pendidik berpengalaman dan sasterawan. Beliau berdedikasi dalam usaha memajukan pendidikan bahasa ibunda dan mendidik para pelajar dalam penciptaan karya sastera dengan sepenuh hati. Beliau juga membimbing dan menggalakkan pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan koakademik , baik di dalam mahupun di luar negara. Usaha beliau ini telah membuahkan banyak pencapaian cemerlang. Di samping tugas pengajaran, beliau juga aktif dalam dunia penulisan. Beliau telah menghasilkan 25 buah karya yang berbentuk novel, prosa, puisi dan kritikan, serta menyunting lebih daripada sepuluh buah antologi.
Dengan ini, beliau telah menjadi teladan yang memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Ucapan Penerima Anugerah

Cikgu Tan Eng Thong, nama samaran Tan Lip Thong, nama pena Tien Si, adalah penyair dan penulis yang terkenal di negara kita. Beliau telah menerbitkan 20 buah karya.
Beliau ialah seorang pendidik yang berdedikasi yang telah berkhidmat di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melebihi 40 tahun. Beliau bagai “pekebun sepanjang hayat “ dalam Pendidikan Cina, telah banyak memupuk penulis muda dan golongan yang berbakat dalam bidang orkestra Cina.
Cikgu Tan mulai berkhidmat di Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua No.1 (SMPCH1) sejak 1975. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan selaku pengetua di Sekolah Menengah Min Lit, Batu Kawa.
Cikgu Tan telah menubuhkan Persatuan Bahasa Cina dan Kumpulan Orkestra Cina di SMPCH1dan menjadi guru pembimbing selama ini. Dari masa muda sehingga usia lanjut, kebanyakan masanya digunakan untuk pembimbingan kedua-dua pertubuhan tersebut dengan penuh ketabahan dan kecekalan, tidak pernah meminta satu sen pun.
Cikgu Tan pernah ditemuramah oleh Rangkaian Televisyen Astro di perpustakaan SMPCH1 untuk rancangan “Apa Khabar, Guru?”
Cikgu Tan sering membuat persembahan bersama-sama dengan pelajarnya di Kumpulan Orkestra Cina SMPCH1. Kumpulan Orkestra Cina yang di bawah bimbingan Cikgu Tan, sering diundang untuk mempersembahkan dalam Pesta Kuching pada setiap tahun.
Cikgu Tan pernah membawa Kumpulan Orkestra Cina SMPCH1 menjalankan persembahan demi kutipan derma untuk Sekolah Menengah Awam Serian. Pada tahun 2002 dan tahun 2006, Cikgu Tan mengetuai Kumpulan Orkestra SMPCH1 menyertai Persembahan dalam Rainforest World Music Festival. Pada Ogos tahun 2014, Cikgu Tan membawa Kumpulan Orkestra Cina menjalankan persembahan di Wuhan dengan menyertai konsert muzik komuniti di situ.
Cikgu Tan juga giat mempromosikan sastera. Beliau selain mengajar ahli Persatuan Bahasa Cina di SMPCH1 sekali setiap minggu, juga sering berkongsi pengalamannya dalam penulisan dengan pelajar sekolah lain dan mengadakan bengkel sastera pada waktu cuti sekolah. Pada tahun 1993, Cikgu Tan merancang dan mengadakan Kem Sastera Remaja. Dalam Pertandingan Penulisan Sastera pertama, peserta dari SMPCH1 hampir memenangi semua anugerah.
Cikgu Tan sering dijemput sebagai Penceramah di Bengkel Sajak untuk para guru sekolah menengah kebangsaan. Beliau juga sebagai panel juri Peraduan Penulisan Sastera Bahasa Cina “HuaZong”. Beliau pernah dijemput sebagai penalis Ceramah Sajak di Universiti QingDao, pernah memberi ceramah sajak di Central China Normal University di Wuhan, pernah ditemuramah oleh CCTV China di TianJin Pelajar mempersembahkan “Duet Dialog” “Senarai Kemasyhuran dalam Pendidikan Cina” karya gubahan Cikgu Tan dalam Majlis Ulang Tahun Dong Zong ke-50. Cikgu Tan mengetuai anak pelajarnya menyertai Pertandingan Mendeklamasi Puisi “ Piala Zhao Yang “ Peringkat Antarabangsa di Singapura dan telah memenangi Johan.
Cikgu Tan amat berminat dalam aktiviti Deklamasi Sajak Mahua “Dongdiyin” peringkat nasional. Beliau pernah sambil mendeklamasikan puisi gubahan diri “Jimmy dan Faridah”, sambil menari Tarian Burung Kenyalang dalam aktiviti Deklamasi Sajak Mahua “Dongdiyin” di Taipei.
Pasukan perbahasan SMPCH1 yang dibimbing oleh Cikgu Tan telah menyertai Pertandingan Perbahasan Bahasa Mandarin Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia dan memenangi Naib Johan.
Pada tahun1982, Cikgu Tan telah memenangi Johan dalam kategori Esei dan Sajak Anugerah Sastera Belia Selatan Malaysia. Pada tahun 1999, beliau mendapat Anugerah Sastera Pelbagai Kaum yang disampaikan oleh Kerajaan Sarawak. Pada tahun 2012, beliau menjuarai Anugerah Sastera Fang Xiu Pertama Kali. Pada 27 September 2024, beliau menerima Anugerah Guru Bahasa Cina Cemerlang Ng Teck Fong, adalah satu-satunya pemenang dari Timur Malaysia. Baru- baru ini, beliau mendapat Anugerah Sastera Bahasa Cina Negeri Sarawak.

This will close in 0 seconds

This will close in 0 seconds

This will close in 0 seconds

This will close in 0 seconds