林连玉行 6.0 LLG FUN RUN 6.0
23hb Ogos 2026 (Ahad)
Jarak
6KM
Tempat
Padang Merbok Jln Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur
Jarak
6KM
Tempat
Padang Merbok Jln Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur
Mendiang Lim Lian Geok(1901-1985) merupakan aktivis pendidikan yang paling dihormati dalam masyarakat Cina. Beliau telah menuntut kesamaan hak dan layanan untuk sekolah vernakular, memperjuangkan kewarganegaraan sama rata pada zaman kemerdekaan, dan memperkenalkan konsep ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’. Namun, status kerakyatan dan pendaftaran guru mendiang Lim telah dilucutkan ekoran bantahan kerasnya terhadap dasar pendidikan satu aliran. Sumbangan beliau terhadap pendidikan bahasa ibunda begitu besar, sehingga dinobatkan sebagai “Jiwa Budaya Cina Malaysia” sewaktu meninggal dunia.
Demi menyebarluaskan semangat dan ideologi mendiang Lim, serta menjana dana bagi aktiviti-aktiviti tahunan, Pusat LLG telah menganjurkan “LLG FUN RUN” sejak tahun 2012. Acara jogathon ini dianjurkan dua tahun sekali dan mendapat sambutan hangat daripada keseluruhan warga negara.
Penganjuran larian “LLG FUN RUN” ini pernah dijalankan bersama jawatankuasa gabungan negeri di Kuala Lumpur, Batu Pahat, Ipoh, Shah Alam, Seremban, Klang, Melaka dan Kelantan, serta mendapat sambutan baik daripada pelbagai kaum. Namun pada tahun 2020 dan 2022, acara ini terpaksa dibatalkan akibat penularan pandemik COVID-19. Tahun 2024 menyaksikan acara ini kembali dianjurkan di Guang Dong Cemetery dan KL Base, Sungai Besi, dengan penyertaan lebih 5,000 orang serta berjaya mengumpul dana melebihi RM1 juta.
Tahun 2026 bakal menandakan ulang tahun ke-40 penubuhan pusat LLG. Larian ini akan sekali lagi dianjurkan di Kuala Lumpur dengan sasaran kutipan dana melebihi RM1 juta, di samping mengharapkan penyertaan yang lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya sebagai simbol meraikan ulang tahun bersejarah ini. Selain larian, pelbagai aktiviti sampingan akan turut disediakan, termasuk pameran, trak makanan dan pasar mini untuk memeriahkan suasana.
Pihak pusat LLG dengan penuh tulus ikhlas menyeru sekolah, persatuan, syarikat serta orang ramai untuk memberi sokongan padu kepada acara larian ini. Sumbangan anda amat penting bagi membantu kita menjana dana untuk meneruskan perjuangan pendidikan bahasa ibunda, memperkukuh aktiviti rentas kaum serta memelihara warisan budaya. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan.
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Pengelola “LLG FUN RUN 2026”
The late Lim Lian Geok (1901–1985) was the most respected educational activist in the Chinese community. He advocated for equal rights and services for vernacular schools, fought for equal citizenship during the independence era, and introduced the concept of “Abundance in Diversity, Prosperity in Coexistence”. However, his citizenship status and teacher permit were revoked due to his strong opposition to the single-stream education policy. His contributions to mother-tongue education were so significant that he was honored as the “Soul of the Malaysian Chinese” upon his passing.
To continue promoting the spirit and ideology of the late Lim, as well as to raise funds for annual activities, the LLG has organized the “LLG FUN RUN” since 2012. This jogathon is held every two years and has received enthusiastic participation from citizens nationwide. The LLG FUN RUN has previously been organized together with state joint committees in Kuala Lumpur, Batu Pahat, Ipoh, Shah Alam, Seremban, Klang, Melaka, and Kelantan, and has enjoyed strong support from various communities.
However, in 2020 and 2022, the event had to be canceled due to the COVID-19 pandemic. In 2024, the event returned, held at Guang Dong Cemetery and KL Base, Sungai Besi, with more than 5,000 participants and successfully raising over RM1 million. The year 2026 will mark the 40th anniversary of the founding of the LLG. The run will once again be organized in Kuala Lumpur, with a fundraising target of over RM1 million and the hope of attracting even greater participation than in previous years, symbolizing the celebration of this historic anniversary. A variety of complementary activities, including exhibitions, food trucks, and a mini market, will be organized to enrich and enliven the overall event atmosphere.
The LLG sincerely calls upon schools, associations, companies, and the public to give full support to this run. Your contribution is crucial in helping us raise funds to continue the fight for mother tongue education, strengthen cross-community activities, and preserve cultural heritage. Thank you for your support.
The Organizing Committee of The LLG FUN RUN 2026
Matlamat “LLG FUN RUN 2026” adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM1 juta daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti tahunan Memorial Lim Lian Geok dan ahli organisasinya.
日期时间:2026年8月23日(星期日),早上7时
地点:Padang Merbok
Jln Parlimen, Kuala Lumpur,
50480 Kuala Lumpur
报名期限:13.4.2026 – 19.6.2026
Tarikh & Masa:
23hb Ogos 2026 (Ahad),
Berkumpul pada 6:00 pagi
Tempoh Pendaftaran:
13.4.2026 – 19.6.2026
Tempat:
Padang Merbok
Jln Parlimen, Kuala Lumpur,
50480 Kuala Lumpur
日期时间:2026年8月23日(星期日),早上7时
地点:Padang Merbok
Jln Parlimen, Kuala Lumpur,
50480 Kuala Lumpur
报名期限:13.4.2026 – 19.6.2026
DEWASA:
RM100
PELAJAR:
RM60
KELUARGA (Satu Keluarga: 4 Orang):
RM250
Peserta yang menamatkan larian akan mendapat pingat penamat dan e-sijil.
Setiap peserta akan menerima sehelai T-shirt percuma. Sila kemukakan resit pembayaran/NRIC sewaktu tuntutan.
Tarikh & Masa:
15 & 16.08.2026 (Sabtu & Ahad),
10:00 pagi – 5:00 petang
Tempat:
Tingkat 3,
Memorial Lim Lian Geok,
Tingkat 3, 89 & 91,
Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur.
Daftar segera sebelum 19hb Jun 2026!
Email: [email protected]
No. telefon: 019-280 2496
1. Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana-mana syarat acara ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti. Jika terdapat kekaburan, pihak penganjur berhak untuk mentafsir dalam berbuat demikian.
2. Sekiranya acara ini telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang berada di luar kawalan pihak penganjur yang boleh menyebabkan acara ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran pendaftaran.
3. Peserta yang hadir ke acara adalah atas risiko sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab atau terikat untuk sebarang kecederaan atau kematian peserta. Peserta digalakkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan/atau berunding dengan pengamal perubatan mereka sebelum pendaftaran dan sebelum hari acara sebenar.
4. Setelah pendaftaran peserta telah diproses dengan baik, tidak akan ada bayaran balik bagi peserta yang akhirnya tidak menyertai acara atas apa jua sebab.
5. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan mana-mana gambar acara (termasuk gambar peserta), gambar rakaman video, atau mana-mana media lain, bagi maksud yang sah termasuk pengiklanan komersial dan pengedaran kepada penaja di mana jua berada.
6. Pihak penganjur tidak boleh dianggap bertanggungjawab atas pertikaian sekiranya peserta memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, usang, atau tidak lengkap.
7. Peserta tidak dibenarkan untuk memindahkan penyertaan mereka kepada pihak lain atau menukar kategori larian selepas pendaftaran disahkan.
8. Pihak penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat acara serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.
9. Penganjur akan membeli insurans kemalangan peribadi untuk para peserta.
This will close in 0 seconds
This will close in 0 seconds
This will close in 0 seconds
This will close in 0 seconds