Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2017 (Ke-30) Dibuka Untuk Pencalonan

1.3:图1Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2017 (Ke-30) akan dibuka pada 1 Ogos 2017 dan tarikh tutup adalah pada 30 September 2017. Anugerah Semangat Lim Lian Geok dianjurkan bagi memperingati perjuangan Lim Lian Geok, mantan Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Cikgu Lim mendorong kesamarataan sesama pelbagai kaum di Malaysia demi pembangunan negara. Sepanjang hayatnya, beliau juga berjuang untuk mempertahankan pendidikan bahasa Cina di tanahair. Semangat beliau yang tidak pernah bertunduk kepada tekanan kuasa atau godaan kemewahan menjadi teladan kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Cina. Cikgu Lim Lian Geok meninggal dunia pada 18 Disember 1985. Jawatankuasa Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG yang ditubuhkan oleh 15 pertubuhan Cina telah mengisytiharkan tarikh pemergian beliau sebagai “Hari Pendidikan Cina” (Hua Jiao Jie). Anugerah Semangat Lim Lian Geok diperkenalkan pada tahun 1988 untuk mengiktiraf individu atau organisasi yang mempertahankan pendidikan bahasa Cina disamping melestari semangat dan idealisme beliau. Pencalonan akan diberi pertimbangan berpandukan pelbagai aspek termasuk perkembangan organisasi atau pencapaian sepanjang hayat individu, perjuangan sosial, perkhidmatan komuniti, sumbangan akademik, pembangunan kebudayaan dan sumbangan kepada golongan tertindas. Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Semangat Lim Lian Geok akan memilih tidak melebihi lima individu atau organisasi berdasarkan enam aspek tersebut. Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah dianjurkan selama 30 tahun iaitu sejak tahun 1988. Seramai 91 individu dan organisasi diberi pengiktirafan, termasuk pengetua, guru, pengelola sekolah, penjaja, petani, aktivis pendidikan Cina, pemimpin organisasi pendidikan Cina, alumni sekolah, Sekolah Menengah Persendirian Cina, tokong dan lain-lain. Pada tahun 2012 buat sulung kali Anugerah Semangat Lim Lian Geok dianugerahi kepada individu atau organisasi selain daripada kaum Cina iaitu Tamil Foundation yang giat dalam pembangunan sekolah Tamil. Seterusnya pada tahun 2013 anugerah ini dianugerahi kepada Dato Abdul Samad b. Muhammad Said, penjuang terkenal yang berani mempertahankan hak bahasa ibunda. Pada tahun 2015 Anugerah Semangat Lim Lian Geok dianugerahi kepada The Tun Jugah Foundation. Sejajar dengan visi pengasasnya, Yayasan Tun Jugah telah lama giat berusaha demi memelihara warisan budaya Iban. Kejayaannya serta impak yang ditinggalkan adalah hasil daripada keazaman dan iltizam yang amat tinggi. Semangat mencintai budaya kuam serta ketabahan hati dan daya dinamis yang ditunjukkan sepanjang masa mereka mengejar impian tetap menjadi iktibar yang dapat diteladani. Pemilihan tersebut adalah sejajar dengan kriteria bahawa calon harus mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam mempertahankan dan membangunkan budaya ataupun pendidikan bahasa ibunda mana-mana kaum di Malaysia disamping membantu negara merealisasikan idealisme Cikgu Lim Lian Geok iaitu “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”.  muat turun: Syarat-Syarat Anugerah Semangat Lim Lian Geok muat turun: Borang Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok (Perseorangan) (Word) muat turun: Borang Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok (Perseorangan) (Pdf) muat turun: Borang Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok (Organisasi) (Word) muat turun: Borang Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok (Organisasi) (Pdf)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *