LLG Run

About Us

LLG Cultural Development Centre was formed in 1985 to commemorate the most respected Chinese educationist in Malaysia, Mr. Lim Lian Geok. It was the date Mr. Lim Lian Geok passed away and regarded as ‘Chinese education festival’ by Chinese educationists.

LLG aims to promote the spirit of Mr. Lim Lian Geok, which is, bravely struggle and sacrifice for cultural rights particularly equitable position of mother tongue education and never surrender to those possess power

We initiated various fund raising activities since 2007 to build Mr. Lim Lian Geok’s memorial and educate public on his contribution on multiculturalism in the country. In the future, the memorial will become a centre for cultural and civil society activities to deepen the concept of multiculturalism and cultural rights through organizing academic conference, publication of books and various trainings on humanistic, democracy, civic education and others

LLG Cultural Development Centre Berhad will be organising a “LLG Run” on  Sunday 28th October 2012 at National Stadium, Bukit Jalil. It is co-organized by Taman Bukit Jalil Running Club and we are targeting approximately 5,000 runners to take part in the event.

We are looking for sponsorship from the public and commercial sector. We would be most grateful if you would consider supporting the run in contribution of any kinds.   Your support will ensure the success of this meaningful and healthy activity.

Asal-usul dan Penajaan (LLG Run)

Encik Lim Lian Geok berusaha untuk memperjuangkan kesamarataan bangsa dan kemajuan negara dalam seumur hidupnya. Beliau telah banyak berkorban untuk mempertahankan pendidikan Bahasa Cina di Malaysia. Semangat beliau yang tidak berputus asa walaupun berstatus sosioekonomi rendah, tidak menyerah kalah walaupun berdepan dengan penindasan telah menunjukkan suri teladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

LLG Cultural Development Centre Berhad telah mencadangkan untuk menubuhkan Memorial Lim Lian Geok pada tahun 2007. Hal ini bertujuan untuk menyempurnakan pemeliharaan bahan budaya peninggalan Encik Lim Lian Geok dan membangkitkan semangat beliau yang gagah berani dalam memperjuangkan kesetaraan budaya serta pendidikan antara semua etnik. Selain memperingati Encik Lim Lian Geok, rakan-rakan yang berjuang berdampingannya dan sejarah pergerakan pendidikan bahasa Cina juga diperkenalkan dalam Memorial Lim Lian Geok. Dengan ini, generasi yang akan datang dapat memahami sejarah pergerakan pendidikan bahasa Cina dan proses perjuangan demokratik dengan lebih menyeluruh.

Bagi meningkatkan penyertaan khalayak ramai dari pelbagai lapisan masyarakat, Memorial Lim Lian Geok akan mengadakan aktiviti rutin dan merancang aktiviti untuk pelawat. Melalui gabungan paparan statik dan aktiviti dinamik, Memorial Lim Lian Geok berharap agar dapat berkembang menjadi sebuah pusat yang mempraktikkan semangat Lim Lian Geok, memajukan pendidikan bahasa ibunda, menyemarakkan budaya pelbagai kaum dan mempertahankan demokrasi dan hak asasi manusia.

Pada tahun 2011, kami berjaya membeli sebuah bangunan yang mempunyai lima tingkat di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai Memorial Lim Lian Geok. Pergerakan pendidikan bahasa Cina telah mengalami pelbagai cabaran. LLG Cultural Development Centre Berhad menggunakan moto Lim Lian Geok bahawa ‘jawapan terbaik bagi kemusnahan adalah pembangunan’ sebagai dorongan dalam mengembangkan pendidikan bahasa Cina. Dengan kesedaran semangat Lim Lian Geok, LLG Cultural Development Centre Berhad juga memberi sumbangan dalam peningkatan keadilan, demokrasi dan kemajuan di Malaysia, bahkan keadilan, demokrasi serta kemajuan di seluruh dunia.

Pada 7 Oktober tahun ini, LLG Cultural Development Centre Berhad akan mengadakan aktiviti larian amal. Aktiviti ini mendapat bantuan daripada Taman Bukit Jalil Running Club dan bertanggungjawab untuk merancang serta mengadakan acara ini. LLG Cultural Development Centre Berhad buat pertama kalinya mengadakan aktiviti larian amal. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan semangat Lim Lian Geok dan mengumpul dana untuk Memorial Lim Lian Geok.

Kami berharap agar boleh mendapat sokongan anda dengan ikhlasnya demi membolehkan Memorial Lim Lian Geok dapat terus berkembang di tanah air kita.

Nama individu tersebut akan diukir di papan ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ Memorial Lim Lian Geok sebagai tanda penghargaan bagi sesiapa yang menderma RM10000 atau lebih. Akhir sekali, pendidikan bahasa Cina memerlukan usaha khalayak ramai untuk terus maju dan berkembang.

LLG Run ActivityMore