
Asal tidak dilupa, Tekad terus menyala
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-40 pemergian Lim Lian Geok. Walaupun zaman berubah, manusia turut berganti, kehidupan harian dipengaruhi akibat arus globalisasi dan digitalisasi, namun asas kita “kesamarataan pendidikan, kepelbagaian bahasa dan warisan budaya” tetap utuh. Justeru, kita mestilah menyerap kekuatan rohani keteguhan perjuangan Mendiang Lim. Kisah beliau sentiasa memperingatkan kita: walau dunia berubah, jangan lupa asal; walau jalan panjang, jangan luntur ketekadan.
Sejarah membuktikan kepada kita, bahawa semakin besar cabaran, semakin tinggi nilai keteguhan hati. Beliau memperjuangkan semangat “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” sepanjang hayat. Beliau yang terlebih dahulu menyalakan jalan di hadapan kita, menjadi teladan unggul.
Hari Pendidikan Cina 2025 bertemakan “Asal tidak dilupa, Tekad terus menyala”, melambangkan perjuangan pendidikan bahasa ibunda tetap teguh walaupun ditempuhi pelbagai rintangan. Asal bermaksud kesetiaan terhadap pendidikan bahasa ibunda dan budaya bangsa. Tekad merujuk kepada perjuangan demi demokrasi, kepelbagaian dan masyarakat yang adil.
Semoga generasi ke generasi, kita terus tabah menghadapi cabaran, teguh pada prinsip, mempertahankan pendidikan bahasa ibunda dan mengembangkan masyarakat majmuk yang harmoni di bawah inspirasi dan semangat Mendiang Lim. Marilah kita pastikan semangat “Jiwa Budaya Cina Malaysia” diteruskan menyala selama-lamanya.
Tarikh dan masa
| Tarikh dan masaAktiviti | Aktiviti | Tempat |
| Dari November hingga Disember | Artikel-artikel untuk Hari Pendidikan Cina dan Temubual Media | |
| 6/12/2025(Sabtu)
10am – 1.00pm |
Bengkel Pembuatan Kertas:
Tarian dan Harum Kertas Xuan — Tinjauan tentang Pembuatan Kertas Tradisional Cina |
3rd Floor Activity space Memorial Lim Lian Geok |
| 13-14/12/2025 | Lawatan Sempena Hari Pendidikan Cina untuk Pelajar Sekolah Menengah | Jalan Petaling |
| 14/12/2025 (Ahad)
8am-9am |
Upacara Peringatan “Jiwa Budaya Cina Malaysia” Lim Lian Geok | Lim Lian Geok Memorial,Hokkien Cemetery Kuala Lumpur |
| 14/12/2025 (Ahad)
10am-12.30pm |
Majlis Penyampaian Anugerah Semangat Lim Lian Geok Ke-38 | 13th Auditorium Confucian Private Secondary School |
| 14/12/2025 (Ahad)
2pm-4pm |
Tarian Tribute -Penghormatan Kepada Jiwa Budaya Cina Malaysia, Lim Lian Geok | 13th Auditorium Confucian Private Secondary School |

