Pencadang:
Lim Hooi Chen
Kata-kata Pujian:
Cikgu Chuang Keng Kung telah menabur bakti seumur hidupnya kepada masyarakat melalui pendidikan dan aktiviti penyebaran ajaran Buddha. Beliau tidak berhenti walaupun telah bersara selepas 34 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik, bahkan menjawat Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah dan terus menyumbangkan tenaganya kepada pembangunan sekolah serta anak murid. Selama 50 tahun dalam Hui Yin Seh, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang dalam usaha penyebaran ajaran Buddha, membantu golongan warga emas yang memerlukan, memberi pendidikan awal secara percuma, dan membuka jalan bagi terwujudnya kempen derma darah secara besar-besaran. Walaupun sudah lanjut usia, beliau tetap aktif menggerakkan penubuhan muzium memorial demi mengenang jasa dan semangat tokoh-tokoh terdahulu dan dijadikan sumber inspirasi yang berterusan kepada generasi akan datang. Beliau umpama sepohon pokok malar hijau.
Ucapan Penerima Anugerah
Pada 28 Nov 1938, di pekan Air Itam, Pulau Pinang, dilahirkan seorang tokoh yang dikagumi. Beliau bukan sahaja seorang tokoh guru, juga seorang penggerak budaya. Beliau seorang penting dalam bidang agama Buddha, dan juga seorang penggarap sejarah yang cemerlang Beliau memiliki pelbagai identiti. Beliau digelar Lao Zong, Pengerusi, Dato’, tetapi gelaran yang paling memesrakannya ialah “Cikgu Chuang ” Beliau adalah Dato’ Seri Chuang Keng Kung yang dikenali dan dihormati orang ramai.
Cikgu Chuang menceburi bidang perguruan kerana menyopani sikap tegas ayahnya Chuang Chun Hua. Kesudahannya, munculnya “7 guru sekeluarga Chuang”. Cikgu Chuang seorang guru biasa, berkhidmat selama 34 tahun di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Cikgu Chuang bersara dari SRJK(C) Kong Min Cawangan 2, kemudiannya dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah. Di bawah pimpinan Cikgu Chuang, bangunan sekolah baru 3 tingkat dibina, dengan 9 bilik darjah, bangunan pentadbiran guru, perpustakaan, dewan dan kemudahan lain untuk pelaksanaan pengajaran bestari. Lebih-lebih lagi, atas sumbangan Cikgu Chuang dan keluarganya, Pusat Serbaguna Sukan juga dibina. Jawatankuasa Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Sekolah Chung Cheng dan Sekolah Menengah Cheng Chung Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Chuang, menyampaikan hadiah kewangan kepada pelajar-pelajar STPM yang berkeputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Cina setiap tahun. serta 10 pelajar terbaik di Negeri Pulau Pinang dalam mata pelajaran Bahasa Cina Peperiksaan UEC, Sijil penghormatan dan hadiah kewangan juga disampaikan kepada guru-guru Bahasa Cina berkenaan.
Pada masa yang sama, dermasiswa juga disalurkan kepada pelajar miskin SMJK dan Sekolah Menengah Persendirian PulauPinang. Sumbangan juga diberi untuk projek pembinaan sekolah Cina. Pada tahun 1973, Cikgu Chuang dan rakan seperjuangannya telah mengasaskan pertubuhan Buddhist “Hui Yin Seh”, demi memajukan agama Buddha sebenar dan membimbing generasi muda menuju ke arah yang betul.
Beliau menjalankan kursus agama Buddha dari peringkat asas sehingga ke peringkat tinggi, menganjurkan kem latihan dan pimpinan dll. Beliau menganjurkan kelas tadika percuma dan kelas bimbingan untuk kanak-kanak ketidakupayaan pembelajaran.
Beliau juga menyediakan biasiswa, pinjaman pendidikan tanpa faedah, hadiah kewangan agama Buddha dsb. Atas pengiktirafan pencapaian dan sumbangan cemerlang Cikgu Chuang dalam bidang pendidikan, beliau dianugerahi Tokoh Guru Daerah Timur Laut pada tahun 2009. Pada tahun yang sama, beliau juga memenangi “Tokoh Guru Negeri Pulau Pinang”. Pada tahun 2010, beliau pula dianugerahkan “Tokoh Guru Kebangsaan”.
Cikgu Chuang berpendapat bahawa berpeluang mendidik generasi akan datang menjadi manusia berguna dalam masyarakat merupakan perkara yang menggembirakannya. Pasukan kepimpinan “Hui Yin Seh” yang diketuai Cikgu Chuang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan kerja amal. Mereka menubuhkan kumpulan Orkestra Cina, Orkestra barat, tarian singa, koir, tarian, kelas kraftangan dll demi memajukan dan mewarisi kebudayaan turun-temurun. Jamuan amal untuk warga emas dan OKU secara besar-besaran dianjurkan setiap tahun, di samping menderma kepada pertubuhan-pertubuhan amal.
“Hui Yin Seh Metta Blood Donation Group” dengan 18,000 keahlian, merupakan pasukan pendermaan darah terbesar dan berkekalan lama di Pulau Pinang malah seluruh negara.
“Menghargai peranan diri.” adalah pepatah Cikgu Chuang. Ia mencerminkan rasa penyertaan, semangat dan tanggungjawab seseorang dalam organisasi tanpa mengira status, yang merupakan suatu sifat murni perkhidmatan.
Cikgu Chuang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bukit Bendera, Pulau Pinang dari tahun 1998 hingga 2006. Beliau memberi perkhidmatan kepada komuniti, menambah baik infrastruktur setempat demi kesejahteraan orang ramai.
Cikgu Chuang juga memainkan peranan penting dalam usaha mewarisi sejarah dan kebudayaan. Pada tahun 1997, beliau dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan “Monumen Mangsa Mekanik Cina Nanyang & Perang Anti-Jepun Pulau Pinang”. Cikgu Chuang berusaha membaiki dan mengindahkan monumen, dan mempamerkan fakta sejarah Perang Anti-Jepun dalam Bahasa Malaysia, Cina, Inggeris dan Jepun.
Beliau juga mendirikan arca dan ukiran dinding mengenai mekanik Cina Nanyang yang berani berjuang di jalan Yunnan-Burma supaya orang ramai dan pelancong lebih memahami sejarah dan latar belakang monumen itu. Majlis peringatan rasmi diadakan pada 11 November setiap tahun demi memperingati mangsa-mangsa peristiwa tersebut.
Pada tahun 2008, Cikgu Chuang mengambil alih jawatan Pengerusi pertubuhan “Penang Philomathic Union” yang berusia 1 abad dan memulakan peranannya sebagai ejarahwan. Beliau menubuhkan “Sun Yat-Sen Memorial Centre Penang” untuk mempamerkan sejarah dan perhubungan antara revolusioner Dr. Sun Yat-Sen dan “Penang Philomathic Union”. Memorial tersebut merekodkan sejarah akhbar Kwong Wah Yit Poh yang diasaskan oleh “Penang Philomathic Union” di mana juga merupakan akhbar Cina terpanjang usianya di dunia. Ia juga merekodkan proses penubuhan Sekolah Chung Ling dan Sekolah Perempuan Fujian(PCGHS) yang terkemuka di Pulau Pinang.
Pada tahun 2014, menubuhkan bilik pameran peringatan “Nanyang Overseas Chinese Mechanic Volunteers”, untuk mempamerkan sejarah pertubuhan ini menyahut seruan Encik Tan Kah Kee bagi mengumpul ahli mekanik berjuang membantu ke Negara China.
Pada tahun 2016, menubuhkan bilik pameran peringatan “Perang Anti-Jepun di Malaya dan Singapura” untuk memberi pengetahuan kepada generasi muda mengenai sejarah kekejaman tersebut bagi mengisi kekurangan dalam buku sejarah sekolah.
“Sun Yat-Sen Memorial Centre Penang” yang ditubuhkan oleh Cikgu Chuang telah menerima lawatan ramai pegawai kerajaan dan penyelidik dari dalam dan luar negara, serta dikunjungi ramai pelancong. Dato’ Seri Chuang Keng Kung merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam berbagai bidang,beliau juga mempunyai keluarga yang amat bahagia dan menyempurnakan kehidupannya.

