Aktiviti Iftar Perpaduan sempena Program Mengenali Puasa 2025

Program Mengenali Puasa yang ke-3 iaitu Aktiviti Iftar Perpaduan 2025 anjuran Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Hidayah Foundation Centre, Masjid Al-Falah USJ 9 dan Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia yang telah diadakan di Masjid Al-Falah USJ 9 pada 23 Mac 2025 (Ahad), mendapat sambutan baik daripada 30 lebih orang peserta yang kebanyakannya Orang Cina. Aktiviti ini bertujuan untuk memperdalam pemahaman terhadap agama dan adat resam Islam, terutamanya mengenai mengenali amalan bulan Ramadan. 

Sepanjang program, peserta berpeluang mengikuti lawatan berpandu masjid, sesi perkongsian mengenai Ramadan, puasa dan Islam oleh Tuan Haji Noli Husain, majlis berbuka puasa bersama, serta menyaksikan solat berjemaah. Sebelum memasuki dewan solat, peserta diperkenalkan dengan cara umat Islam mengambil wuduk sebagai tanda kebersihan diri dan penghormatan kepada Tuhan.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi penerangan terperinci oleh pemandu di dewan solat masjid mengenai struktur binaan masjid, tatacara solat umat Islam, serta kisah-kisah para nabi dalam Islam. 

Selepas Dato Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed, Nazir Masjid Al-Falah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta di auditorium masjid, sesi ceramah Tuan Haji Noli bin Husain, Ketua Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation turut dijalankan. Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah difahami mengenai maksud dan manfaat puasa, ajaran Islam dalam al-Quran, serta kaitannya dengan fakta sains.

Penerangan dalam 2 sesi ini bukan sahaja membantu peserta memahami kehidupan harian umat Islam, malah memberi gambaran lebih mendalam mengenai konsep utama Islam serta kepentingan Al-Qur’an dalam agama Islam dengan.

Program diakhiri dengan para peserta  dijemput untuk menyaksikan solat Maghrib sebelum menikmati hidangan berbuka puasa bersama. Peserta dan penganjur menikmati hidangan sambil berkongsi pandangan dan pemahaman mereka tentang ibadah puasa dan ajaran Islam. Ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara umat Islam dan bukan Islam, malah turut menggalakkan pertukaran budaya dan meningkatkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum. Aktiviti ini berakhir dalam suasana yang harmoni dan mesra.

Bagi meneruskan usaha memupuk kefahaman antara agama dan nilai hormat menghormati, Program Mengenali Puasa kali ke-4 akan diteruskan dengan Sesi Meja Bulat yang bertajuk “Amalan Berpuasa dalam Pelbagai Agama dan Budaya” yang akan dijadualkan berlangsung pada hujung minggu akhir April 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG di https://llgcultural.com/?lang=en atau https://www.fb.com/events/668413162821844 .

Berbuka puasa bersama.
Gambar bersama sebelum ceramah.