
Program Mengenali Puasa (3): Iftar Perpaduan 2025
Berpuasa adalah amalan yang penting dalam kebanyakan agama di Malaysia, antaranya puasa Ramadan dalam Islam dan puasa Lent dalam Kristian. Amalan ini boleh meningkatkan kecerdasan otak dan mental, membentuk disiplin diri, menyuburkan pemikiran empati, menggalakkan ketenangan minda dan emosi serta mempertingkatkan hubungan dengan Tuhan melalui refleksi dan ibadah. Oleh itu, aktiviti Iftar Perpaduan sempena Program Mengenali Puasa 2025 akan diadakan pada 23 Mac 2025 di Masjid Al-Falah USJ 9 dan terbuka kepada semua pihak yang ingin mendalami amalan dan budaya berpuasa dalam agama Islam di Malaysia. Aktiviti tersebut anjuran Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Masjid USJ9, Hidayah Center Foundation, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia, Terdapat lawatan berpandu masjid, sesi perkongsian Ramadhan, Puasa & Islam oleh Tuan Haji Noli Husain, majlis berbuka puasa bersama, serta menyaksikan solat Jemaah dalam aktiviti tersebut. Bagi sesiapa yang berminat, sila berdaftar di https://forms.gle/Xv3bc6zLfvTsEC8L9 sebelum 5pm, 21 Mac 2025(Jumaat).
Tarikh: 23 Mac 2025
Masa: 4:50pm hingga 8:30pm
Lokasi: Masjid Al-Falah USJ 9
Aktiviti: lawatan dalam dewan solat masjid, perkongsian Ramadhan, Puasa & Islam Oleh Tuan Haji Noli Husain,majlis berbuka puasa bersama, menyaksikan solat Jemaah.
Penganjur: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Masjid USJ9, Hidayah Center Foundation, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
Untuk pendaftaran, sila isikan borang ini : https://forms.gle/Xv3bc6zLfvTsEC8L9
Tarikh tutup pendaftaran: 5pm, 21 Mac 2025(Jumaat)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Miss Yap (019-2802496)
Justerunya, untuk menggalakkan pemahaman antara agama yang berbeza dan memupuk nilai hormat menghormati, satu program sesi t meja bulat “Amalan Berpuasa dalam Pelbagai Agama dan Budaya” akan diadakan pada hujung minggu hujung bulan April 2025. Program ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami, berbincang, dan berkongsi amalan dan makna bulan puasa antara pelbagai agama yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG ( https://llgcultural.com/?lang=en atau https://www.fb.com/events/668413162821844).