Pindaan kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976: Satu Serangan Terbuka Terhadap Kebebasan Majlis Peguam

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Badan Masyarakat Sivil yang berikut berasa amat bimbang dengan keputusan kerajaan untuk membuat beberapa pindaan terhadap Akta Profesion Undang-Undang 1976. Pindaan-pindaan ini adalah serangan terbuka terhadap kebebasan Majlis Peguam dan secara terang-terangan melanggar hak untuk berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ia akan menetapkan satu contoh pertama kalinya yang merbahaya dari segi campur tangan kerajaan dalam urusan  badan berkanun yang bebas dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil. Kami menuntut kerajaan segera menarik balik cadangan pindaan tersebut. Pindaan-pindaan ini yang bakal dibentangkan di parlimen pada bulan Oktober 2016, memberi kuasa kepada kerajaan untuk memansuhkan pemilihan langsung 12 anggota Majlis Peguam menerusi undi pos dan menggantikannya dengan pemilihan di peringkat negeri, perlantikan dua wakil kerajaan oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang untuk duduk dalam Majlis Peguam, dan menaikkan kuorum Perhimpunan Agung Majlis Peguam dari 500 ke 4000 ahli. Kerajaan mendakwa pindaan-pindaan ini dibuat untuk menambahbaik ketelusan dan perwakilan Majlis Peguam, tapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya. Pertama sekali, cadangan-cadangan ini bukan dicadangkan oleh ahli Majlis Peguam. Tambahan pula, akta pindaan yang dicadangkan ini tidak diberikan sama ada kepada Majlis Peguam atau kepada masyarakat umum. Oleh itu, dakwaan berkenaan menambaik ketelusan dan perwakilan boleh dipersoalkan. Adalah ironik sekali bahawa Peguam Negara yang sebelum ini mempersoalkan perwakilan Majlis Peguam, tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap perlantikan wakil kerajaan yang merupakan satu langkah yang bercanggah dengan ketelusan dan perwakilan ahli-ahli Majlis Peguam. Cadangan untuk menaikkan kuorum Perhimpunan Agung kepada 25% daripada keahlian atau sejumlah 4000 ahli, jelas mempunyai niat jahat. Ia adalah tidak munasabah dan tidak realistik, memandangkan jumlah tertinggi kehadiran yang dicatat dalam Perhimpunan Agung sebelumnya tidak lebih dari 1910 orang peguam dari jumlah keahlian seramai 17,000. Ia sengaja dirancang untuk melumpuhkan fungsi Majlis Peguam. Untuk perbandingan, Perhimpunan Agung Majlis Peguam Kanada yang seramai 37,000 ahli kuorumnya cuma seramai 100 ahli. Majlis Peguam Hong Kong yang mempunyai 1,300 ahli hanya memerlukan tidak kurang dari 20 ahli sebagai kuorum untuk mengadakan perhimpunan agung. Kami menyeru kerajaan persekutuan dan Peguam Negara untuk menarik balik cadangan-cadangan pindaan ini dan menghormati prinsip pengawalseliaan sendiri dan kebebasan berpersatuan Majlis Peguam. Ahli-ahli Majlis Peguam mempunyai hak untuk memilih pemimpin dan wakil mereka melalui proses pemilihan yang demokratik. Kerajaan tidak patut campur tangan atau mengenakan syarat ke atas proses pemilihan sedia ada yang sah dan telus. [Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat GBM di:[email protected], 03-2272 3574 / 017 3985 606]     Senarai badan-badan pertubuhan ahli Gabungan Bertindak Malaysia:
  1. Anak Muda Sarawak (AMS)
  2. ENGAGE
  3. Islamic Renaissance Front (IRF)
  4. Japan Graduates Association Malaysia (JAGAM)
  5. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
  6. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  7. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  8. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
  9. Muslim Professionals Forum (MPF)
  10. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  11. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
  12. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  13. Pusat Komas (KOMAS)
  14. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  15. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  16. Tamil Foundation (TF)
  17. The Association of Graduates from Universities and Colleges of China, Malaysia (Liu Hua)
  18. The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)
  19. Tindak Malaysia
  20. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
Senarai badan-badan masyarakat madani lain:
  1. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
  2. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  3. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
  4. Friends of Kota Damansara
  5. Green Friends Sabah
  6. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  7. JIHAD for JUSTICE
  8. Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
  9. Komuniti Muslim Universal (KMU)
  10. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  11. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  12. Malaysian Youth And Students Democratic Movement (DEMA)
  13. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  14. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  15. Perak Women for Women Society (PWW)
  16. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  17. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
  18. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  19. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  20. Projek Dialogue
  21. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  22. Sahabat Rakyat
  23. Save Open Spaces, KK
  24. Save Sarawak’s Rivers Network (SAVE Rivers)
  25. Sekolah Pemikiran Asy Syatibi
  26. Sisters in Islam (SIS)
  27. Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
  28. WE ARE MALAYSIANS
  29. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
  30. Women’s Centre for Change (WCC)
  31. Women Development of Malaysia PJ Branch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *