Menu

Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2020 (Ke-33) Dibuka Untuk Pencalonan

Pencalonan Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2020 (Ke-33) akan dibuka pada 1 Ogos 2020 dan tarikh tutup adalah pada 30 September 2020.

Anugerah Semangat Lim Lian Geok dianjurkan bagi memperingati perjuangan Lim Lian Geok iaitu bekas Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Sepanjang hayatnya, beliau memperjuangkan hak kumpulan etnik dalam pendidikan dan kebudayaan, demi pembangunan negara dan kesamarataan pelbagai kaum di Malaysia. Beliau juga berjuang untuk mempertahankan pendidikan Bahasa Ibunda. Perjuangan tanpa gentar dan semangat untuk berkorban tanpa mempertimbangkan kepentingan diri telah menjadi model yang diteladani oleh rakyat Malaysia, khususnya dikalangan masyarakat Cina.

Cikgu Lim Lian Geok meninggal dunia pada 18 Disember 1985. Demikian, pada tahun 1987, Jawatankuasa Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG yang ditubuhkan oleh 15 pertubuhan Cina telah mengisytiharkan tarikh pemergian beliau sebagai “Hari Pendidikan Cina” (Hua Jiao Jie). Malahan, Anugerah Semangat Lim Lian Geok juga diperkenalkan pada tahun 1988 untuk mengiktiraf individu atau organisasi yang mempertahankan pendidikan Bahasa Cina disamping mengekalkan semangat idealisme beliau. 

Pencalonan akan diberi pertimbangan berdasarkan aspek-aspek seperti berikut: perkembangan organisasi, perjuangan sosial, perkhidmatan komuniti, sumbangan akademik, pembangunan kebudayaan dan sumbangan kepada golongan tertindas. Yang pentingnya adalah semangat perjuangan demi Bahasa Ibunda dan hak Pendidikan bagi golongan minoriti demi kemakmuran dan pembangunan negara.

Semenjak tahun 1988, Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah dianjurkan selama 32 tahun. Dalam sepanjang tempoh ini, seramai 102 individu dan organisasi telah diannugerahkan, antaranya adalah pengetua, guru, pengelola sekolah, penjaja, petani, aktivis pendidikan bahasa ibunda, organisasi pendidikan bahasa ibunda, pengerusi Sekolah Menengah Persendirian Cina, pertubuhan tokong-tokong dan juga pertubuhan perniagaan. Dengan ini, ia telah menunjukkan bahawa kejayaan pendidikan Bahasa Ibunda yang ada pada hari ini merupakan dorongan dari masyarakat umum yang tidak kira darjat.

Pada tahun 2012 Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah membuka pencalonannya kepada semua kaum, sama ada individu atau organisasi yang juga menyumbang kepada Bahasa Ibunda dan memperjuangkan budaya masing-masing serta sejajar dengan semangat Cikgu Lim iaitu ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’.  Semenjak itu, Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah menganugerahi beberapa individu dan organisasi yang terdiri daripada kaum lain seperti, Tamil Foundation Malaysia, Dato Abdul Samad b. Muhammad Said (Pak Samad) dan The Tun Jugah Foundation.

Pencalonan digalakan membekalkan maklumat yang teliti selain daripada maklumat peribadi calon tersebut, maklumat yang berkaitan seperti hasil karyanya, laporan berita dan dokumentasi. Selain itu, ‘Sebab-sebab pencalonan’ juga perlu diisi dalam borong pencalonan dengan tidak melebihi 1000 patah perkataan.

Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Semangat Lim Lian Geok akan memilih calon-calonnya berdasarkan enam aspek yang ditetapkan. Namum bukannya semua calon yang dipilih dapat memenuhi enam aspek tersebut, demikian calon yang dipilih adalah tidak melebihi lima orang atau organisasi. 

Pihak Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Semangat Lim Lian Geok mengalu-alukan semua pertubuhan menyertai pencalonan tahun 2020 sama ada pencalonan individu atau organisasi. Jikalau pencalonan individu, syarat – syarat seperti berikut hendaklah dipatuhi iaitu; Pertama, Sekiranya calon telah meninggal dunia, tempoh pemergian beliau haruslah tidak melebihi 5 tahun daripada 1 Januari 2020. Kedua, pencalonan dari ahli keluarga dan saudara-mara calon tersebut adalah tidak dibenarkan. Namum, pencalonan tersebut hendaklah mendapat kebenaran dari ahli keluarganya.

Bagi pencalonoan sila merujuk kepada:
Laman web:https://llgcultural.com/en/category/lim-lian-geok-spirit-award/
Laman Facebook: https://www.fb.com/pg/llgcultural/notes/

Atau menghubungi Pejabat Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG:
Memorial Lim Lian Geok,
No.89 & 91, Jalan Maharajalela,
50150 Kuala Lumpur.
Tel:03-2142 2496/7   Fax:03-2142 2487   WhatsApp: 019-2802496
E-mail: [email protected]

Syarat-syarat anugerah semangat lim lian geok

Borang pencalonan: anugerah semangat LLG: Organisasi Word

Borang pencalonan: anugerah semangat LLG: Organisasi PDF

Borang pencalonan: anugerah semangat LLG: perseorangan Word

Borang pencalonan: anugerah semangat LLG: perseorangan PDF

RSSComments (0)

Trackback URL

填写留言