
Lim Lian Geok dan Hari Raya Aidilfitri : “Perutusan Persoalan Pembinaan Jiwa” yang disampaikan oleh Mendiang Lim Lian Geok atas undangan Utusan Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri 1956, telah tersiar pada muka depan mingguan Utusan Zaman, bersama dengan utusan pemimpin-pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, (Tun) Abdul Razak dan (Tun) Tan Cheng Lock pada 13hb Mei 1956.
Isi penting Perutusan:
1)Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembentukan negara Malaya, perkara yang menjadi perhitungan terpenting ialah persoalan pembinaan jiwa.
2)Pertama, kita harus memupuk gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Setiap rakyat mempunyai hak dan kewajipan yang sama dengan rahmat boleh dinikmati bersama, dan tanggungjawab juga wajib dipikul bersama dalam saat-saat yang genting demi membina sebuah negara yang utuh dan kukuh.
3) Kedua, memupuk keyakinan menjadikan Malaya sebagai negara pertiwinya.
Teks penuh Perutusan: https://llgcultural.com/…/persoalan-pembinaan-jiwa-2/…

