Pertubuhan Pemeliharaan Warisan Budaya
Demi pemeliharaan harta warisan dan peringatan perjuangan Lim Lian Geok terhadap pendidikan bahasa ibunda dan kesamarataan sesama pelbagai kaum, Memorial Lim Lian Geok telah didirikan oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG pada tahun 2013. Terdapat lebih daripada sepuluh ribu pelawat, sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara telah melawat Memorial Lim Lian Geok selama 5 tahun ini. Selain itu, pasukan sukarelawan yang membantu menjalankan pemeliharaan dokumen dan lawatan berpandu percuma telah ditubuhkan selepas mereka menyertai program-program latihan berkenaan yang dijalankan oleh Memorial.
Pada November 2018, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG telah menubuhkan Pertubuhan Pemeliharaan Warisan Budaya dengan adanya jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahili pakar dalam pelbagai bidang termasuk bidang sejarah, pemeliharaan harta warisan, adat kebiasaan masyarakat, Identifikasi relik, arkitek, reka bentuk dalaman pameran, jurulatih lawatan berpandu dll supaya memupuk kesedaran rakyat kita terhadap kepentingan sejarah dan juga harta warisan kita. Justeru itu, Pusat tersebut ingin menumpu perhatian terhadap 5 perkara utama berikut:
► Kajian sejarah tempatan
► Kajian dokumen sejarah dan penerbitannya
► Pembinaan muzium-muzium dan menjalankan pelajaran berkenaan terhadap orang ramai
► Teknik pemeliharaan harta warisan
► Pemeliharaan harta warisan tidak ketara
Penubuhan Muzium Sejarah dan Kebudayaan Orang Cina Kelantan merupakan tugas yang mendesak dan mustahak buat setakat ini.
Kesimpulan
Selepas kematian Cikgu Lim Lian Geok, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG ditubuhkan pada tahun yang sama, kemudian Memorial Lim Lian Geok didirikan pada tahun 2013, akhirnya Pertubuhan Pemeliharaan Warisan Budaya ditubuhkan pada tahun 2018. Dari peringatan terhadap Mendiang Lim Lian Geok dan promosi semangat LLG sehingga “Selamatkan Sejarah, Pertahankan Akar”, ini telah mencerminkan bahawa pergerakan kami adalah konsisten dan berterusan, serta merupakan pergerakan kesedaran budaya yang terus menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Ia memerlukan penyertaan setiap ahli dalam masyarakat dan juga sokongan kewangan yang besar. Oleh itu, kami meminta jasa baik semua pihak supaya menderma dan bersedia bekerjasama untuk mencapai matlamat mempertahankan akar kita! Terima kasih!