Menu

Kronologi Mendiang Lim Lian Geok

1901    Dilahirkan di Yongchun, Fujian, China.

1931   Berhijrah ke Malaya dan mengajar di sebuah sekolah di Kelang. Sebelum itu pernah mengajar di Jawa.

1934    Mula mengajar di Sekolah Menengah Confucian, Kuala Lumpur.

            1941    Perang meletus, Lim Lian Geok bersama beberapa orang rakan menyertai Pasukan Sukarela Bantuan Perubatan Negeri Selangor.

1945    Mengetuai jawatankuasa membangunkan semula  Sek.Men.Confucian yang mengalami kerosakan teruk akibat api peperangan.

1949    Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala Lumpur. Menerajui badan tersebut pada tahun berikutnya.

1951    Menentang cadangan yang terkandung dalam Laporan Pelajaran Barnes, lantaran mengambil inisiatif  menubuhkan  Persekutuan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong) untuk menangani masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah aliran Cina.

1952    Membawa Jiao Zong menyertai program menggubal  kurikulum baru sekolah Cina di bawah anjuran  Jawatankuasa Pelajaran pihak berkuasa British.

1953    Menubuhkan Jawatankuasa Pusat Hal-Ehwal Pelajaran bersama MCA. Pada masa yang sama dipilih menerajui   Jiao Zong, satu tanggungjawab yang berat di peringkat nasional.

1955    Mengetuai perwakilan Dong Jiao Zong dalam Rundingan Melaka dengan Ketua Perikatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di kediaman Tun Tan Cheng Lock bersabit kesepakatan menghadapi pilihanraya umum pertama serta perjuangan kemerdekaan demi pembinaan negara Malaya yang baru.

1956    Merealisasikan Konvensyen Pertubuhan-Pertubuhan Cina Se-Malaya demi menuntut status kerakyatan untuk pemastautin berketurunan Cina. Dalam tahun yang sama, pesanan beliau agar seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum bersepakat untuk maju dan makmur bersama disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu bersempena perayaan Hari Raya.

1957  Kenyataan Tun Tan Siew Sin mengakui bahawa Lim Lian Geok adalah salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dan didukungi masyarakat Cina pada ketika itu.

1961    Sijil pendaftaran guru beliau ditarik balik oleh pihak berkuasa.

1964    Hak kerakyatan beliau dilucutkan.

1980    Pada majlis ulang tahun Jiao Zong yang ke-29, beliau menyeru pendukung pendidikan bahasa ibunda agar tidak mudah tunduk kepada ugutan dan umpanan wang ringgit dan tekanan kuasa politik yang licik.

1985  Meninggal dunia ketika berusia 85 tahun. 

RSSComments (0)

Trackback URL

填写留言