Menu

Forum Pengenalan Adat Orang Asli (1)–Perkahwinan dan Kelahiran

Orang Asli di Semenanjung Malaysia memiliki dan mengamalkan adat resam, pantang larang dan nilai hidup yang unik dan tersendiri. Namun, warisan budaya tersebut kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Demi memupuk persefahaman dan nilai toleransi antara kaum yang berbeza, pihak penganjur menjemput sahabat-sahabat yang berasal dari suku Semai dan Temuan sebagai penceramah untuk menerangkan adat perkahwinan dan kelahiran yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli suku mereka.

Butiran forum adalah seperti berikut:

Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdn4ihFeNgDC863vaKRLx1aQUfgkApK5t_wXiNm6EaRJjB0ag/viewform

🎤Penceramah
1.En. Bah Sami a/l Bah Chut (suku Semai, Gombak)
2.En. Shaq Koyok (suku Temuan , Banting)
3.Pn. Roha a/p Bah Setuloh (suku Semai, Ampangan Woh, Perak)

Moderator
Yap Mei Shya

Penganjur Bersama
1.Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG)
2.Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
3.Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
LLG: 03-21422496/Cik Yap
Dong Zong: 03-87362337 (301)/Lucas
DPCKLS: 03-22746645/En. Hui

RSSComments (0)

Trackback URL

填写留言