Kami, badan-badan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, ingin merakamkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga, sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Harun Din serta pucuk pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) di atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Walaupun kami mungkin berbeda pendapat dengan Allahyarham atas beberapa perkara, kami mengiktiraf sumbangan Allahyarham kepada kehidupan awam kita, kerana Malaysia sebuah masyarakat majmuk dan dimiliki bersama oleh semua anak Malaysia tak kira fahaman agama atau politik. Walaupun berlainan agama, kita semua adalah saudara dalam kemanusiaan (ukhuwah insaniah) dan saudara dalam negara-bangsa (ukhuaah wataniah). Kami berasa kesal diatas tindakan sebilangan kecil rakyat Malaysia yang membuat komentar kesat terhadap pemergian Allahyarham. Tindakan sedemikian bertentangan dengan adab dan penghormatan umum kepada mereka yang telah meninggal, yang merupakan nilai bersama dalam pelbagai agama dan budaya. Janganlah kita kerohkan adab kesopanan dan kesusilaan kerana keghairahan politik. Kami menyeru pihak yang berkenaan supaya insaf terhadap tingkah laku mereka. Keluarga dan rakan taulan kepada Allahyarham atau sesiapapun yang meninggal dunia tidak sepatutnya berhadapan cacian sedemikian rupa pada masa perkabungan. Condolences on the demise of Allahyarham Tuan Guru Dato’ Haron Din We the undersigned civil society groups hereby express our deepest condolences to the families, friends and comrades of Allahyarham Tuan Guru Dato’ Haron Din as well as the leadership and members of PAS upon his demise. May Allahyarham’s soul be blessed abundantly by Allah. Whilst we may differ with Allahyarham on many issues, we nonetheless acknowledge his contribution in our public life, as Malaysia is a plural society and belongs to every Malaysian regardless of his/her spiritual and political belief. Whilst we may differ in faith, we are all brothers and sisters in humanity and as compatriots. We regret that a few of our fellow Malaysians have made some very insensitive comments on Allahyarham’s demise. Those comments go against the general respect for the dead, which is a decorum practised in all faiths and cultures. We must never let our political affiliations and passions to strip away our sense of ethics and decency. We respectfully urge them to reflect on their behaviour. Families and friends of the deceased or any deceased person should not endure such grievous comments during their time of grief.
愿哈伦丁先生安息 我们以下联署公民团体,就伊斯兰党精神领袖哈伦丁先生归真,对他家人、朋友、同志、伊斯兰党领导层与党员,致以最深切的慰问。 愿真主赐福于哈伦丁先生。 我们虽然或与哈伦丁先生在许多议题上看法相左,但我们肯定他对马来西亚公共生活的贡献,因为马来西亚是多元社会,属于所有马来西亚人,不问宗教与政治信仰。 我们或许不同宗教,却终究是四海之内的兄弟姐妹、一国的同胞。 我们深感遗憾,当哈伦丁先生归真之时,一些国人发表了恶俗的评语。这些评语违反了不同宗教与文明都强调的“死者为尊”通则。我们不应让政治激情掩盖了人性善美。 我们希望他们能够反躬自省。死者的亲友 – 任何死者 – 都不应该在悲恸之际为恶言所折腾。 Senarai pertubuhan:
- Anak Muda Sarawak (AMS)
- ENGAGE
- Japan Graduates Association Malaysia (JAGAM)
- Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- LLG Cultural Development Centre (LLG)
- Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
- National Indian Rights Action Team (NIAT)
- Partners of Community Organisations, Sabah (PACOS Trust)
- Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
- Persatuan Komuniti Prihatin Selangor, KL & Perak (Prihatin)
- Pusat KOMAS (KOMAS)
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Suara Rakyat Malaysa (SUARAM)
- Tamil Foundation (TF)
- Teoh Beng Hock Trust for Democracy (TBH Trust)
- Tindak Malaysia (TM)
- United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)