Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2024 (Ke-37) telah membuka pencalonannya kepada semua kaum, sama ada individu atau organisasi yang menyumbang kepada Bahasa Ibunda dan memperjuangkan budaya masing-masing serta sejajar dengan semangat ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’. Pencadang digalakkan membuat pencalonan secara dalam talian. Tempoh pencalonan sehingga 30hb September 2024.
Anugerah Semangat Lim Lian Geok dianjurkan bagi memperingati perjuangan Mendiang Lim Lian Geok iaitu bekas Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong). Sepanjang hayatnya, beliau memperjuangkan hak pendidikan dan kebudayaan, serta status rakyat dan politik terutamanya pada zaman kemerdekaan, demi pembangunan negara dan kesamarataan pelbagai kaum di Malaysia. Beliau juga berjuang untuk mempertahankan pendidikan Bahasa Ibunda. Perjuangan tanpa gentar dan semangat berkorban beliau telah menjadi model teladan kepada rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina.
Mendiang Lim Lian Geok meninggal dunia pada 18hb Disember 1985. Demikian, pada tahun 1987, Jawatankuasa Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG yang ditubuhkan oleh 15 pertubuhan Cina telah mengisytiharkan tarikh pemergian beliau sebagai “Hari Pendidikan Cina” (Hua Jiao Jie). Malahan, Anugerah Semangat Lim Lian Geok juga diperkenalkan pada tahun 1988 untuk mengiktiraf individu atau organisasi yang mempertahankan pendidikan Bahasa Ibunda dan hak-hak kumpulan etnik di samping merealisasikan semangat idealisme beliau.
Kriteria pemilihan anugerah berdasarkan aspek-aspek seperti berikut: perkembangan organisasi, perjuangan sosial, perkhidmatan komuniti, sumbangan akademik, pembangunan kebudayaan dan sumbangan kepada golongan tertindas. Yang pentingnya adalah semangat perjuangan demi Bahasa Ibunda dan hak pendidikan bagi golongan minoriti demi kemakmuran dan pembangunan negara.
Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah dianjurkan selama 36 tahun sejak tahun 1988. Dalam sepanjang tempoh ini, seramai 115 individu dan organisasi telah dianugerahkan, antaranya adalah pengetua, guru, pengelola sekolah, penjaja, petani, aktivis, organisasi pendidikan bahasa ibunda, Sekolah Menengah Persendirian Cina, pertubuhan tokong-tokong, pertubuhan perniagaan dan juga pertubuhan pelajar universiti. Dengan ini, ia telah menunjukkan bahawa kejayaan pendidikan Bahasa Ibunda yang ada pada hari ini merupakan dorongan daripada masyarakat umum yang tidak kira darjat.
Semenjak tahun 2012, Anugerah Semangat Lim Lian Geok telah menganugerahi beberapa individu dan organisasi yang terdiri daripada kaum lain seperti Tamil Foundation Malaysia, Dato’ Abdul Samad bin Muhammad Said (Pak Samad), The Tun Jugah Foundation, Kadazandusun Language Foundation. Anugerah ini juga telah dianugerahi kepada individu yang menggalakkan interaksi antara etnik seperti Encik Yang Quee Yee, Encik Lee Teng Kee, Puan Wong Eh Chun dan Encik Narayanasamy Kuppusamy.
Pencadang digalakkan menyediakan maklumat calon dalam bentuk digital yang seberapa terperinci yang mungkin. Selain daripada maklumat peribadi calon tersebut, pencadang juga digalakkan membekalkan maklumat yang berkaitan seperti hasil karyanya, laporan berita dan dokumentasi. Selain itu, ‘Sebab-sebab pencalonan’ juga perlu diisi dalam borang dengan tidak melebihi 1,000 patah perkataan.
Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Semangat Lim Lian Geok akan memilih penerima anugerah berdasarkan enam aspek yang ditetapkan. Namun bukan semua penerima anugerah akan memenuhi enam aspek tersebut. Jumlah penerima anugerah adalah tidak melebihi 5 setiap tahun.
Pihak penganjur mengalu-alukan pencalonan anugerah tahun 2024 daripada individu atau organisasi. Segala langkah dan tatacara pencalonan, sila rujuk kepada dokumen Syarat-syarat Anugerah Semangat Lim Lian Geok.
→ Syarat-syarat Anugerah Semangat Lim Lian Geok
→ Borang Pencalonan Individu
→ Borang Pencalonan Organisasi
Saluran pertanyaan dan maklumat pihak penganjur:
Pejabat Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG
Tel: 03-21422496 / 019-2802496 (WhatsApp)
E-mail: [email protected]
Laman web: https://llgcultural.com/en/category/lim-lian-geok-spirit-award/
Laman Facebook: https://www.fb.com/llgcultural