Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) LLG telah diadakan pada 25hb Jun 2023.
Ahli-ahli kami telah giat berbincang dan berbahas mengenai isu-isu semasa di negara ini.
Isi kandungan usul-usul adalah berikut:
Usul 1:
Menyeru kerajaan supaya mengembalikan status kerakyatan Mendiang Lim Lian Geok dan mengiktiraf beliau sebagai patriot.
Ringkasan:
Mendiang Lim Lian Geok telah mendapat taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu pada 1951 dan beliau menyeru pelbagai kaum supaya mereka mengakui tanah air ini sebagai negara sendiri. Gagasan pembinaan negara yang berteraskan amalan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dikemukakan oleh Mendiang Lim. Namun begitu, konsep ini berkonflik dengan faedah pemerintah ketika itu menyebabkan kewarganegaraan dan lesen guru Mendiang Lim telah dilucut dan dituduh. Kerajaan sepatutnya memansuhkan segala dasar diskriminasi dan menegakkan hak menikmati sumber samarata bagi semua kaum. Kami menyeru supaya kerajaan mengiktiraf Mendiang Lim sebagai seorang patriot dan simbol perpaduan negara menjelang transformasi politik negara serta mengembalikan status kerakyatan beliau.
Usul 2:
Menyeru kerajaan supaya menjalankan “Malaysia Madani” dan melaksanakan reformasi dalam semua bidang.
Ringkasan:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konsep “Malaysia Madani” supaya membina masyarakat yang makmur, inklusif, inovatif dan mampan. Kami bersetuju bahawa konsep “Malaysia Madani” dan kerajaan seharusnya mengekalkan kenyataan ini untuk menjaga semangat Perlembagaan Persekutuan, memperkukuh sistem demokrasi, mengekalkan status-quo sistem sekular dan reformasi sistem yang kondusif terhadap operasi demokrasi. Kami menyera Kerajaan Perpaduan supaya mengkaji semula dasar-dasar lama yang menghalang hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang, serta menggalakkan transformasi pelbagai bidang seperti parlimen, kehakiman, media, polis, pendidikan, hak asasi manusia dan jantina supaya membina masyarakat yang maju dan aman di bawah konsep “Malaysia Madani”.
Usul 3:
Menyeru kerajaan supaya memerhatikan kualiti pendidikan asas dan mendorong reformasi pendidikan.
Ringkasan:
Pembangunan pendidikan agak mencapai pencapaian pada zahirnya tidak mengira dana yang dibayar oleh kerajaan dan rakyat, institusi pengajian tinggi yang ditubuh dan jumlah pelajar yang belajar. Namun begitu, kualiti dan pencapaian pendidikan semakin menurun. Pelbagai penunjuk penilaian antarabangsa telah menunjukkan bahawa kualiti pendidikan negara kita mewujud masalah-masalah yang membimbangkan. Hal ini bukan sahaja mempengaruhi kualiti pendidikan generasi baharu, tetapi membantutkan penubuhan jiwa rakyat dan kualiti kemanusiaan. Pada zaman moden ini, bentuk pendidikan tradisional akan menghadapi cabaran yang besar. Jika kerajaan menangguhkan reformasi pendidikan dan mengabaikan keruntuhan pendidikan akan menyebabkan kehilangan daya saing dan keupayaan kreatif serta ekonomi juga kekal dalam pendapatan sederhana dalam jangka masa yang panjang. Hal ini mengakibatkan kesusahan menyesuaikan diri dengan keperluan masa hadapan.
Usul 4:
Menyera masyarakat supaya berdialog dan berinteraksi antara kaum, menolak kecaman rasisme dan provokatif, serta membasmi ekstremisme agama.
Ringkasan:
Negara kita telah memasuki tempoh transformasi politik yang sukar selepas pilihan raya umum ke-14 dan ke-15. Namun begitu, sistem demokrasi belum dikukuhkan, isu kaum dan agama masih diwujudkan. Pada masa ini, masyarakat perlu tegas berusaha untuk berdialog dan berinteraksi antara kaum untuk mengekalkan status-quo sistem sekular. Selain itu, masyarakat perlu berhati-hati dengan kebangkitan ekstremisme agama dan golongan konservatisme. Badan Bukan Kerajaan perlu membuka ruang pemikiran kritis dan kreatif, selanjutnya mencapai kemajuan masyarakat.