1)Encik Wong Toh Kien
Kata-kata Pujian
Beliau merupakan jiwa pendidikan Cina di
negeri Pahang dengan mengetuai Gabungan
Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina
Pahang, berjaya menubuhkan SJK(C) Chung
Ching 2, serta membantu melancarkan Program
Hantar Anak Ke Sekolah Menengah Persendirian
Cina. Beliau bersama-sama mendorong
penubuhan SM Chong Hwa Kuantan dengan
tabah dan tegas walaupun dalam keadaan
tertekan. Beliau akhirnya membuktikan dengan
keputusan cemerlang bahawa “pembinaan adalah
langkah terbaik untuk menangani kemusnahan”.
Pengenalan penerima
Encik Wong Toh Kien merupakan seorang tokoh yang sangat merendah diri, bersifat positif dan serius dalam melakukan sesuatu, berprinsip tinggi, serta pemimpin yang berpandangan jauh dan bijaksana. Beliau merupakan seorang pemimpin pergerakan pendidikan Cina yang sangat disegani di kalangan masyarakat.
Beliau sangat aktif dalam mempromosikan dan menjayakan Program Hantar Anak Ke Sekolah Menengah Persendirian Cina semasa beliau menyandang jawatan Pengerusi Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Pahang.
Beliau seringkali turun padang dan melawat Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina yang menyertai Program tersebut, disamping meluangkan masa bersama-sama dengan para pelajar yang menyertai Program tersebut dan mengambil berat tentang keadaan mereka di sekolah.
Dikala Program Hantar Anak Ke Sekolah Menengah Persendirian Cina mengalami masalah kewangan, beliau dengan rela hatinya memberi bantuan kewangan untuk menjayakan Program tersebut, di mana beliau tidak pernah menuntut balik bantuan yang diberikan, demi memastikan kejayaan dan kelangsungan Program tersebut.
Sebelum kewujudan SJKC Chung Ching 2, SJKC Chung Ching telah mengalami masalah kepadatan pelajar yang serius pada tahun 2000. Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Chung Ching pada waktu itu iaitu Encik Wong Toh Kien mencadangkan supaya sebuah cawangan sekolah dibina bagi menyelesaikan masalah tersebut. Beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin pendidikan Cina seperti mendiang JP Ting telah memulakan initiatif ini serta telah bertindak untuk membuat permohonan
Akhirnya, cawangan SJKC Chung Ching telah diberikan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dibina pada 2013, dan Encik Wong Toh Kien menggalas tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan SJKC Chung Ching.
Pada tahun 2015, Lembaga Pengurus SJKC Chung Ching berpendapat bahawa kampus utama dan kampus cawangan SJKC Chung Ching hendaklah ditadbir urus secara berasingan memandangkan ianya lebih praktikal dan ideal. Oleh itu, Lembaga Pengurus SJKC Chung Ching telah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan untuk menukarkan status SJKC Chung Ching (Cawangan) kepada SJKC Chung Ching 2. Pada waktu itu, Encik Wong Toh Kien menegaskan bahawa sebarang kos pembinaan SJKC Chung Ching 2 tidak perlu ditanggung melalui kutipan derma dari masyarakat Cina setempat, dan kewujudan sekolah tersebut tidaklah berasaskan konsep perpindahan sekolah lain, tetapi sebagai sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yang baharu dan semua kos kemudahan fizikal sekolah tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Pada 2019, SJKC Chung Ching (Cawangan) diluluskan sebagai SJKC Chung Ching 2, dimana sekolah tersebut mempunyai guru besar, guru-guru penolong kanan dan tenaga pengajar mereka sendiri.
Sejak itu, SJKC Chung Ching 2 pesat berkembang. Dengan pertambahan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Kuantan, malah di Malaysia, jasa Encik Wong Toh Kien tidak boleh dinilai besarnya memandangkan penglibatan beliau yang aktif dalam cadangan, permohonan, kelulusan, pembinaan, pengoperasian sehinggalah pengasingan pentadbiran sekolah.
Semasa beliau memegang jawatan Pengerusi Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina Pahang, beliau telah menggerakkan inisiatif untuk membuat kaji selidik terhadap masyarakat Cina di sekitar timur negeri Pahang untuk mengetahui keperluan negeri ini untuk mempunyai sekolah menengah persendirian cina yang sendiri.
Pada tahun 2010, beliau telah dilantik sebagai penaung kepada Jawatankuasa Kerja penubuhan semula SM Chong Hwa Kuantan, dan terus menjadi tunjang utama dalam kerja-kerja yang berkaitan.
Insiden SM Chong Hwa Kuantan pada 2012 bermula sejak sekolah tersebut menerima kelulusannya, dan konflik tersebut memakan masa 8 tahun untuk reda.
Saban tahun walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Encik Wong Toh Kien tidak pernah goyah dalam pendirian beliau. Dalam menghadapi suara-suara sumbang, beliau sering menyeru pelbagai pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai SM Chong Hwa Kuantan itu bersama-sama menitikberatkan perkembangan sekolah tersebut.
Dalam proses penubuhan semula SM Chong Hwa Kuantan, beliau tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa, malah pernah bersuara: ”Sekiranya (SM Chong Hwa Kuantan ini) bukannya SM Persendirian Cina ambillah pisau dan tikamlah saya!”. Kata-kata beliau yang keras dan tegas menunjukkan kepercayaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada visi dan misi SM Chong Hwa Kuantan. Kata-kata beliau inilah jelas menunjukkan sifat-sifat tidak gentar beliau kerana beliau:
- Percaya (dengan yakinnya) matlamat dan arah tuju penubuhan semula SM Chong Hwa Kuantan adalah betul dan tepat
- Percaya (dengan yakinnya) Lembaga Pengurus SM Chong Hwa Kuantan akan mengotakan janji-janji mereka kepada masyarakat Cina dan dalam hal ehwal penubuhan sekolah
- Percaya (dengan yakinnya) SM Chong Hwa Kuantan akan terus berusaha mengikuti teras pendidikan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina.
3 teras kepercayaan Encik Wong Toh Kien di atas ini menunjukkan bahawa beliau sangatlah menyayangi dan menyanjungi rakan-rakan seperjuangan beliau, di samping jelas menunjukkan semangat kecintaan beliau terhadap pendidikan cina.
Beliau merupakan jiwa pendidikan Cina di negeri Pahang dengan mengetuai Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang, berjaya menubuhkan SJK(C) Chung Ching 2, serta melancarkan Program Hantar Anak ke Sekolah Menengah Persendirian Cina. Beliau bersama-sama mendorong penubuhan SM Chong Hwa Kuantan dengan tabah dan tegas walaupun dalam keadaan tertekan. Beliau akhirnya membuktikan dengan keputusan cemerlang bahawa “pembinaan adalah langkah terbaik untuk menangani kemusnahan”.
2)Puan Lua Sim Boi
Kata-kata Pujian
Pengenalan penerima
Puan Lua Sim Boi, seorang Peranakan Cina Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1951 yang hanya mendapat pendidikan awal selama enam tahun di sekolah rendah Cina.
Sumbangan dalam Pendidikan
Beliau mengusahakan kedai runcit secara kecil-kecilan bersama dengan suaminya semasa zaman mudanya. Dengan pendapatan yang tidak banyak ini, Puan Lua bukan sahaja menghantar dua orang anak perempuannya untuk belajar di Sekolah Rendah Cina Chung Hwa dan Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa, malah sikap beliau yang pemurah telah sanggup menderma kepada pendidikan Bahasa Cina sejak sekian lama, tidak pernah berhenti selama lima puluh tahun.
Bermula daripada seorang ibu sehinggalah beliau menjadi pengerusi wanita lembaga pengarah sekolah yang pertama dalam sejarah Sekolah Cina di Kelantan dan satu-satunya sehingga kini, dengan berbekalkan pengalaman beliau yang berjiwa kental, beliau telah muncul sebagai seorang pemimpin sekolah Cina di Kelantan. Tokoh wirawati ini boleh dianggap sebagai model “Insan Biasa Berjiwa Besar”.
Sebelum Puan Lua menyertai Lembaga Pengarah SJK (C) Poey Sit, untuk membolehkan kanak-kanak daripada semua kumpulan etnik di kawasan ini berpeluang untuk mempelajari budaya Cina, beliau telah menyelesaikan masalah pengangkutan ke sekolah. Pada tahun 1985, beliau telah mengumpul dana untuk membeli dua buah bas sekolah untuk mengangkut murid sekolah dari tiga buah kampung ke sekolah. Langkah ini juga dapat memastikan bilangan pelajar sekolah Cina ini sentiasa terkawal.
Sejak Puan Lua menyertai Lembaga Pengarah SJK (C) Poey Sit, beliau tidak pernah jemu melibatkan diri secara aktif dalam mengumpul dana yang dianjurkan oleh pihak sekolah itu dalam pelbagai projek pembinaan sekolah, pengindahan dan pembangunan sekolah.
Pada tahun 2009, Puan Lua yang sangat disayangi oleh guru dan murid telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah yang ke-8 SJK (C) Poey Sit, Pulau Chondong. Setiap tahun semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), beliau menyediakan sarapan pagi kepada calon-calon UPSR.
Selain itu, beliau meraikan hari lahir guru pada setiap bulan. Beliau akan menyediakan makanan dan kek kepada guru-guru supaya guru-guru dapat meraikan hari jadi yang penun bahagia. Sikap penyayang yang ditonjolkan oleh beliau jarang kelihatan di tempat lain.
Pada tahun 1989, beliau telah terpilih sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kedua, dan turut menyertai Lembaga Pengelola SM (P) Chung Hwa. Sepanjang 35 tahun yang lalu, beliau telah memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengumpulan dana untuk sekolah , dengan mengetuai lembaga pengarah dan anak-anak murid memungut derma di seluruh pelosok Pantai Timur.
Pada hujung tahun 2021, beliau telah disahkan menghidap penyakit kanser, Lembaga Pengelola Sekolah berharap agar beliau dapat berehat secukupnya untuk menjaga kesihatannya, namun beliau tetap mengajak pengetua dan Lembaga Pengelola Sekolah untuk keluar mengumpul dana. Gambar beliau yang turun padang mengumpul dana ketika sakit tersebar meluas dalam kalangan bekas pelajar sekolah. Ketabahan dan cinta akan pendidikan Cina beliau ini amat mengagumkan semua yang mengenalnya, aktiviti kutipan dana telah mendapat sambutan yang hebat.
“Sekolah Persendirian Cina bergantung pada masyarakat Cina “, itulah ungkapan yang selalu diucapkan oleh beliau.
Sumbangan dalam NGO
Hubungan sosial beliau yang luas dalam masyarakat Cina di Kelantan dan ketabahan beliau merupakan sebab utama beliau sentiasa diminta oleh pertubuhan-pertubuhan tempatan untuk mengutip dana. Beliau telah diiktiraf oleh orang Cina di Kelantan sebagai penasihat terbaik dalam pengutipan dana.
Puan Lua telah terlibat secara aktif dalam pembangunan Hokkien Hoay Kuan Kelantan dan Persatuan Chin Kang Kelantan bertahun-tahun. Beliau juga terpilih sebagai wakil untuk menghadiri Persidangan Persatuan Chin Kang dan Hokkien Kebangsaan. Beliau telah diberikan tugas penting semasa program pembelajaran peringkat kebangsaan dijalankan di Kelantan
Pada tahun 1995, beliau telah mengasaskan kumpulan wanita Persatuan Chin Kang Kelantan, dan berkhidmat sebagai pengerusi kumpulan wanita selama 16 tahun. Di bawah kepimpinan beliau, kumpulan wanita telah melancarkan beberapa aktiviti dan seminar untuk meningkatkan kesedaran kaum Wanita.
Beliau menggalakan dan memberi sokongan kepada ahli kumpulan wanita tersebut supaya menjadi wakil dalam menghadiri pelbagai mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berpendapat bahawa kumpulan wanita memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah pertubuhan. Beliau menyeru kaum wanita untuk maju mengikut peredaran zaman dan perlu sentiasa menambahbaikkan diri agar mampu bersaing dari semasa ke semasa dalam era baharu.
Selain itu,Puan Lua juga menjadi pelopor dan menyarankan persatuan-persatuan Cina supaya pembiayaan biasiswa tahunan ditetapkan untuk anak-anak fakir dan miskin di sekolah Cina, terutamanya SM (P) Chung Hwa yang menerima puluhan ribu dalam bentuk biasiswa daripada persatuan-persatuan Cina setiap tahun.
Oleh sebab penglibatan Puan Lua yang proaktif dalam sekolah Cina dan komuniti Cina di Kelantan sudah bertahun-tahun telah berjaya meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat Cina tentang kepentingan bahasa ibunda, ini telah memberi peluang kepada masyarakat Cina tempatan dalam menyumbangkan pelbagai sumber terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan bahasa Cina. Dengan inilah terwujudnya satu rangkaian masyarakat yang menyokong antara satu sama lain demi kebaikan bersama dan perkembangan pendidikan Bahasa Cina.
3) Puan Wong Eh Chun
Kata-kata Pujian
Pengenalan penerima
Guru Besar Puan Wong Eh Chun dilahirkan pada tahun 1966 di Keningau, Sabah. Beliau menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Gaya (1987/1989) dan Pengajian Cina di OUM (2015).
Beliau berdedikasi dalam mengajar Bahasa Cina selama 33 tahun, pernah berkhidmat di daerah Keningau, Tawau, Kota Kinabalu dan Papar. Beliau menyandang jawatan sebagai Guru Besar di SJKC Chi Vun Tenom sejak 2012 sehingga kini.
Beliau bukan sahaja menunjukkan komitmen yang kuat terhadap Pendidikan, malah amat menggalakkan pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, ini telah membawa banyak anugerah dan pengiktirafan kepada beliau. Beliau telah mengetuai sekolahnya menerima anugerah MEKAR berturut-turut pada tahun 2020 dan 2021, sendiri mendapat Pingat Perak pada tahun 2021dan Pingat Emas pada tahun 2022 bagi anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kategori Guru Besar.
Beliau juga sering dijemput untuk membuat perkongsian tentang Program Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di sekolahnya kepada sekolah pelbagai aliran mahupun dalam negara dan luar negara. Beliau mewakili Program Sekolah Penyayang Malaysia membuat perkongsian di Nanjing, China pada tahun 2015, telah dijemput hadir untuk Forum Guru Besar Sekolah Pedalaman di China pada tahun 2019.
SJKC Chi Vun Tenom merupakan Sekolah Kurang Murid(SKM) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Kini, sekolah ini mempunyai 93 orang murid, seorang Guru Besar, 13 orang guru dan 3 orang AKP. Walaupun ia sekolah Cina, namun 96.8% murid di sekolah ini terdiri daripada berbangsa bukan Cina. Kebanyakan mereka dari keluarga berpendapatan rendah seperti petani dan penoreh getah.
Sejak menyandang jawatan guru besar di SJKC Chi Vun Tenom pada tahun 2012, Puan Wong berusaha memahami kekuatan dan kelemahan sekolah dan membimbing semua warga sekolah membangunkan sekolah sehingga kini.
Beliau menekankan kepentingan permuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dengan itu, beliau menubuhkan PIBG dan Persatuan Ibu Penyayang pada tahun 2013 untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah, ibu bapa dan murid.
Dengan ketekunan dan usaha yang berterusan, beliau berjaya menyatupadukan semua warga sekolah untuk mempromosikan Program Sekolah Penyayang dan melaksanakan pendidikan berdasarkan konsep program tersebut. Beliau telah menubuhkan pra sekolah pada tahun 2015.
Beliau telah menambah baik infrastruktur sekolah dengan kerjasama semua pihak termasuk membina blok bangunan kelas 2 tingkat pada tahun 2016, membina asrama guru dan murid pada tahun 2017.
Kerjasama dan ikatan erat semua warga sekolah dengan berpandukan tunjang Program Sekolah Penyayang, suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah Chi Vun telah terwujud.
Puan Wong percaya bahawa “seorang boleh bergerak dengan pantas, namun sekumpulan orang dapat bergerak dengan lebih jauh”.
Di bawah pimpinan beliau, sekolah Chi Vun merealisasikan amalan terbaik tentang pendidikan yang berorientasikan kebolehan murid dan berkonsep kasih sayang seterusnya berusaha melahirkan generasi muda yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
4)Persatuan Siswazah-Siswazah Taiwan Cheng Kung Universiti Malaysia
Kata-kata Pujian
Persatuan ini telah mengasaskan dan berjaya
menganjurkan Pertandingan Matematik & Sains
NCKU, Kem Sains SMPCM dan Program
Biasiswa/Dermasiswa selama ini. Persatuan ini
juga berjasa dalam kegiatan memupuk bakat
pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina
Malaysia, di samping berusaha dalam
pengiktirafan kelayakan profesional bagi
graduan kejuruteraan Taiwan. Ahli-ahli
persatuan berkhidmat dengan penuh
bersemangat terhadap masyarakat, telah menjadi
teladan baik kepada persatuan-persatuan yang
lain.
Pengenalan penerima
In 1972, the Alumni Cheng Kung University Malaysia was formally established. In addition to the founding president Lim Hong Sun includes Lim Koh Den, Lim Choong Tong, Lin Fu Sa, Chew Kai Tat and many other seniors. At the beginning of the establishment, there was no clubhouse yet. Alumni usually gathered at the wine factory where Lim Choon Tong works.
In 1977, the clubhouse was purchased, laid a solid foundation for the future development of ACKUM. On the clubhouse opening day, we invited Mr Lim Huang Sheng, The chairman of Dong Zong, to attend the opening ceremony. It was an unprecedented event.
With our clubhouse, we entered the 1980s, and ACKUM began to show our capabilities. We started to get in touch with National Cheng Kung University, Taiwan. We invited principals and teachers to come to Malaysia and treat them warmly. Later, ACKUM was asked to return to NCKU and has kept in touch since.
In 1988, under the promotion and planning of several seniors, Kaohsiung and ACKUM have launched ACKU Metal Industries (M) Sdn Bhd, ACKU Holding Bhd, ACKU Development Berhad & etc. Ma Zheru, the then principal, was invited to Malaysia for the opening ceremony of ACKU Metal Industries (M) Sdn Bhd. These critical and forward-looking transactions enhanced the reputation of ACKUM. At the same time, it also provided essential assistance for developing ACKUM affairs in the next few decades.
In 1984, Ng Boon Jin, the president at the time, proposed to host the Mathematics and Physics Competition of ACKUM, which hopes to promote a science learning climate and honour outstanding mathematical sciences students. The seniors groped forward under the traditional method, overcoming challenges, and successfully hosted the ACKUM Mathematical Science Competition. Since then, the scale of the ACKUM Mathematical Science Competition has continued to expand and become the most important brand event of the ACKUM.
In the 1990s, ACKUM continued to inherit and grow. And in 1997, the first of its kind, we hosted the World NCKU Alumni Carnival. The then principal Wu Jing (Minister of Education of Taiwan) came to visit the unprecedented event.
After the 2000s, in addition to continuing to give back to Chinese education and NCKU. ACKUM also established the ACKU Student Loan Fund to assist our juniors in their studies.
Since 2015, the blood donation event has been hosted every year and hosted ACKU Charity Run for many years. It also carried forward the excellent love spirit of ACKUM.