Utusan Tahun Baharu Bersama 2024

Utusan Tahun Baharu Bersama 2024

Tarikh: 1 Januari, 2024

Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Federalisme, dan Kedaulatan Undang-undang

Tahun 2024 akan kita saksikan penerusan era aneka-krisis di mana kesejahteraan setiap rakyat Malaysia dan negara secara keseluruhan akan terkesan dengan faktor sejagat, daripada konflik geo-politik di Eropah Timur, Timur Tengah malah di Asia Timur, pemanasan sejagat, kemusnahan alam yang lain, kehilangan dan penggantian pekerjaan yang disebabkan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan kemajuan teknologi lain.

Berhadapan dengan sejagat global sebegini, rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita bukan musuh antara satu sama lain. Malah, krisis boleh mencungkil sesuatu yang terbaik dalam diri kita. Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia membantu satu sama lain tanpa mementingkan diri dalam semangat “kita jaga kita”, tanpa mengira etnik, agama atau afiliasi politik.

Bak kata pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”, kemenangan sebegitu adalah kemenangan kosong. Jika kita gagal mempersiapsargakan diri untuk mengubah dugaan menjadi peluang, semuanya akan rugi. Sesiapa yang membentuk Kerajaan seterusnya akan mewarisi ekonomi yang lesu dan Rakyat yang tidak berpuas hati.

Walaupun kita mungkin bersaing antara satu sama lain, sebagai individu atau dalam pelbagai kumpulan, nasib kita terikat antara satu sama lain. Apabila wabak, bencana alam dan ketidaktentuan ekonomi melanda kita, tiada satu komuniti pun yang selamat. Kita tenggelam atau berenang bersama.

Realiti yang genting ini memanggil perdamaian politik dan kestabilan bersifat demokratik supaya kita dapat berganding bahu menghadapi cabaran sejagat yang sengit.

Kami menyeru semua institusi, organisasi dan individu yang cintakan Malaysia untuk bekerjasama ke arah penegasan cita-cita yang berikut, yang asalnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan terus didukung dalam Rukun Negara,

1. Raja Berperlembagaan, di mana semua Raja-Raja berkedudukan mulia, melangkaui sempadan politik dan menyerahkan tadbir urus Negara kepada pemimpin yang dipilih rakyat, supaya institusi Diraja tidak dinodai kontroversi atau polemik dan berperanan menyatukan semua rakyat Malaysia dan rakyat negeri masing-masing merentasi perbezaan sosio-politik.

2. Demokrasi Berparlimen, di mana kuasa Eksekutif berasaskan keyakinan majoriti daripada ahli parlimen (yang membentuk parti politik sebagai penjumlah/pengaggregat a spirasi dan keutamaan politik), dan dipantau, disemak dan diimbangi oleh ahli parlimen Pembangkang dan ahli parlimen barisan belakang kerajaan (government backbenchers), melalui jawatankuasa pilihan, perbahasan dan persoalan di dewan parlimen.

3. Federalisme, di mana kuasa diagihkan secara bermakna antara Kerajaan-kerajaan Persekutuan, Wilayah/Negeri dan Tempatan, untuk memastikan keseimbangan yang betul antara keseragaman dan autonomi, ekuiti/kesaksamaan dan persaingan antara wilayah/negeri, dan bahawa pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dan responsif terhadap penduduk tempatan.

4. Kedaulatan undang-undang, di mana undang-undang digubal untuk melindungi hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan rakyat dan penduduk, bukan untuk pihak berkuasa sewenang-wenangnya mengawal dan memdiamkan Rakyat, dan undang-undang digunapakai secara berkesan kepada semua termasuk pemimpin kerajaan, tanpa pendakwaan terpilih atau impunitas, untuk mengelakkan tanggapan sinis bahawa “seseorang tidak bersalah sehingga kehilangan kuasa, dan seseorang mungkin tidak bersalah apabila mendapat semula kuasa”.

Untuk tujuan-tujuan ini, kami menyeru parti-parti kerajaan dan pembangkang untuk merundingkan satu persetujuan pembaharuan politik bagi baki penggal Parlimen ke-15 sehingga 18 Disember 2027, yang merangkumi perkara berikut:

• Kestabilan Politik

Menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan Undi Kepercyaan Pengesahan bagi setiap Perdana Menteri baharu selepas pelantikannya di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan;

• Pengukuhan Parlimen/Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Parti-parti Politik:

Menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen, menambahkan jawatankuasa pilihan parlimen, menetapkan masa untuk urusan bukan kerajaan, mengiktiraf kabinet bayangan/Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bayangan, menggubal undang-undang untuk Dana Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama, Akta Pembiayaan Politik yang membolehkan pembiayaan awam kepada parti politik, dan mereformasikan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya ia bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen;

• Kedaulatan Undang-undang:

Mengasingkan fungsi Pendakwaraya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), meningkatkan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keberkecualian Polis diRaja Malaysia (PDRM);

• Desentralisasi:

Menggalakkan perbincangan “seluruh Malaysia” antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak, dan 11 Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, untuk menyediakan pelan hala tuju desentralisasi yang dirancang secara menyeluruh dan teliti, dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai tunggak utama dan dokumen pemandu pusat.

Daripada menunggu satu pihak untuk menghubungi pihak lain, kami menyeru Kerajaan dan Pembangkang untuk menjemput Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk bertindak sebagai pengantara yang tidak berat sebelah untuk tujuan ini.

Malaysia milik kita semua. Kami jemput semua rakyat Malaysia, termasuk aktivis dalam masyarakat sivil dan sektor swasta, untuk menyokong seruan tahun baharu yang sederhana ini untuk kestabilan dan akauntabiliti.

Kenyataan ini dimulakan oleh Projek – Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), satu inisiatif terbaru yang memperjuangkan reformasi institusi demi memupuk kestabilan politik dan akauntabiliti sebagai aspirasi bersama kita pada masa negara kita mengemudi fasa pendemokrasian yang baru, dengan parlimen tergantung dan kerajaan campuran, dengan Ngeow Chow Ying sebagai konvenornya. Demi Malaysia, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Endorsement Sokongan
Organisasi

  1. Project – Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
  2. Architect for Diversity (AOD)
  3. Bait Al Amanah
  4. Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
  5. Centre for Electoral Education and Democracy (CEED)
  6. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  7. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
  8. Engage
  9. IMAN Research
  10. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
  11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  12. Lawyer Kamek
  13. LLG Cultural Development Centre
  14. Movement for Change Sarawak (MoCS)
  15. Muslim Professionals Forum (MPF)
  16. National Human Rights Society (HAKAM)
  17. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  18. Pacos Trust
  19. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  20. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)
  21. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malaysia)
  22. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
  23. Pusat Komas
  24. Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR)
  25. Sarawak Dayak Iban Association
  26. Saudara.org
  27. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  28. Sisters in Islam (SIS)
  29. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  30. The Sarawak Initiative (TSI)
  31. Tindak Malaysia
  32. Transparency International Malaysia (TI-M)
  33. Workable Initiatives for Secularism, Decentralisation, Openness and Moderation (WISDOM) Foundation

Individuals

  1. Beverly Joeman, Supreme Council Member, Kadazan Society Sabah (KSS)
  2. Brigadier-General (Retired) Dato’ Mohamad Arshad Raji, past President, Patriot
  3. Christopher Leong, past President, Malaysian Bar
  4. Dashran Yohan, journalist
  5. Dato’ Ambiga Sreenevasan, past President, Malaysian Bar
  6. Dato’ Dennis Ignatius, former Malaysian Ambassador
  7. Dato’ Mah Weng Kwai, retired Judge, Court of Appeal
  8. Dato’ Yeo Yang Poh, past President, Malaysian Bar
  9. Datuk Dr Johan Ariffin Samad, former CEO, Institute for Development Studies (IDS), Sabah
  10. Datuk John Tenewi Nuek, former Malaysian Ambassador
  11. Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, past President, Malaysian Bar
  12. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus, retired Judge, Court of Appeal
  13. Datin Fazar Arif, founder, Pergerakan Wanita Empowerment Revolution (POW.ER)
  14. Dr Alek Tuen, former Professor, University of Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  15. Dr Andrew Aeria, former Associate Professor, University of Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  16. Dr Cecilia Ng, independent consultant
  17. Dr Edmund Terence Gomez, former Professor, University of Malaya (UM)
  18. Dr Francis Loh Kok Wah, retired Professor, University of Science Malaysia (USM)
  19. Dr Hatta Solhi, Former Chairman, Lembaga Pengarah, UNIMAS
  20. Dr Lim Teck Ghee, policy analyst
  21. Dr Peter Songan, retired Professor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  22. Dr Phoon Wing Keong, political scientist
  23. Dr S. Munirah Alatas, former Visiting Professor, Indonesian International Islamic University (UIII)
  24. Dr Toh Kin Woon, member, Board of Directors, Pusat Sejarah Rakyat
  25. Derek John Fernandez, Councillor, Petaling Jaya City Councillor
  26. Emeritus Professor Dato’ Abdul Rahman Embong, IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  27. Emeritus Professor Datuk Shad Saleem Faruqi, University of Malaya (UM)
  28. Faridah Tun Fuad Stephens, ex-publisher, Sabah
  29. Iqbal Fatkhi, Editor-in-Chief, Cilisos Media
  30. Jahabar Saddiq, Chief Editor, The Malaysian Insight
  31. Jayanath Appudurai, former Director, National Science Centre
  32. Jerald Joseph, former Commissioner, National Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam)
  33. Lim Hong Siang, columnist
  34. Maha Balakrishnan, parliamentary consultant and researcher
  35. Malek Ali, founder, BFM
  36. Martin Vengadesan, associate editor, Malaysiakini
  37. Nadira Ilana, filmmaker
  38. Professor Ahmad Fauzi Abdul Hamid, University of Science Malaysia (USM)
  39. Professor Wong Chin Huat, political scientist
  40. Professor Zaharom Nain, University of Nottingham in Malaysia
  41. Richard YW Yeoh, former Member, Electoral Reform Committee (2018-20), Prime Minister’s Department
  42. Sharaad Kuttan, journalist
  43. Stanley Yong, vice president, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  44. Steven Thiru, past President, Malaysian Bar
  45. Tan Sri Bernard Dompok, former Chief Minister, Sabah
  46. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former Secretary-General of Treasurer, Ministry of Finance
  47. Tan Sri Mohamad Ariff bin Md Yusof, former Speaker, Dewan Rakyat
  48. Tan Sri Simon Sipaun, former Secretary of State, Sabah
  49. Thomas Fann, former Chairperson, Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
  50. Tang Ah Chai, President, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur and Selangor
  51. Yap Swee Seng, former Executive Director, Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
  52. Zikri Kamarulzaman, Journalist

Link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *