இனிய தீபாவளி வாழ்த்துகள் Selamat Menyambut Hari Deepavali

LLG Cultural Development Centre mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali.
Semoga kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Mengenali Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ dalam kalendar Hindu yang jatuh pada bulan Oktober atau November dalam kalendar Gregorian. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Sumber: https://www.kkmm.gov.my/en/management/information-management-div/65-bahankpkk/dokumen/512-perayaan-deepavali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *