Selamat menyambut Perayaan Dongzhi

LLG Cultural Development Centre mengucapkan “Selamat menyambut Perayaan Dongzhi” kepada semua. Semoga warga Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa hidup dalam harmoni, damai, sejahtera dan bersatu padu.

【Pengenalan Ringkas Mengenai Perayaan Dongzhi 】

Perayaan Dongzhi merupakan salah satu perayaan yang sangat penting disambut oleh masyarakat Cina dan turut disambut di Asia Timur pada hari Solstis Musim Sejuk (21, 22 atau 23 Disember). Ia juga merupakan perayaan terakhir bagi masyarakat Cina sebelum Tahun Baru Cina. Waktu siang pada hari Dongzhi / Solstis Musim Sejuk adalah yang terpendek dalam setahun dan akan semakin panjang pada hari kemudiannya.Perayaan Dongzhi dianggap lebih penting daripada Tahun Baru Cina di Malaysia. Masyarakat Cina di Malaysia akan menyembah nenek moyang dan makan tangyuan sesama seisi keluarga sebagai tradisi dari turun temurun. Tangyuan adalah bebola pulut yang dimasak dalam sup manis, ia melambangkan kesatuan keluarga dan kebahagian. Masyarakat Cina percaya bahawa usia mereka sudah bertambah satu tahun selepas makan tangyuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *