
Semoga cahaya perayaan masyarakat Hindu ini bersinar dengan membawa keamanan dan penuh dengan keceriaan, keadilan dan kejayaan kepada Malaysia.
Selamat Hari Deepavali, Malaysia!
愿我们向兴都教徒学习,以光明驱走黑暗,以正义战胜邪恶,迎接光明的明天!
马来西亚,屠妖节快乐!
Mengenali Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Sumber: https://www.kkmm.gov.my/en/management/information-management-div/65-bahankpkk/dokumen/512-perayaan-deepavali