【中秋节】【Perayaan Kuih Bulan / Perayaan Pertengahan Musim Luruh】

林连玉基金祝愿大家中秋阖家团圆安康,值此国庆月呼吁各族共享彼此文化,共同促进国家繁荣。
LLG Cultural Development Centre mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan dan salam pertemuan semula seisi keluarga kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua menikmati keindahan budaya antara satu sama lain dan berkongsi budaya demi kemakmuran negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

【中秋节简介】【Pengenalan Ringkas Mengenai Perayaan Kuih Bulan / Perayaan Pertengahan Musim Luruh】

农历八月十五中秋节是东亚文化圈乃至全球华人社会的重要节日,月圆人团圆,是团圆喜庆之节,也有丰收祭祀之节一说。
中秋节也是一个充满诗情画意的节日,不仅不少咏月咏中秋的民间歌谣和文人雅士的诗词歌赋传世,亦有嫦娥奔月、吴刚折桂、玉兔掏药等神话传说流传至今。
传统上,本地华人社会在当天全家团圆赏月吃月餅、柚子和菱角,也有妇女拜月许愿、小孩提灯笼游街等习俗。
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar Cina merupakan perayaan penting selain Tahun Baru Cina dalam masyarakat Lingkungan Kebudayaan Asia Timur serta masyarakat orang Tiong Hua sedunia. Bulan pada waktu ini biasanya mengambang dan terang, melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu. Ini juga menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil pertanian.
Perayaan Pertengahan Musim Luruh penuh dengan kegembiraan dan keindahan di mana terdapat banyak puisi dan lagu menyanjung bulan oleh penyair dan sasterawan sejak berabad-abad lampau. Mitos dan legenda seperti Wu Gang menebang pohon Gui, Pemanah Houyi dan Dewi Bulan Chang Er serta Arnab Jed juga sentiasa diceritakan dalam sambutan perayaan ini.
Masyarakat orang Cina di Malaysia biasanya akan berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga untuk menikmati pemandangan bulan purnama sambil makan kuih bulan, limau bali dan buah kacang kerbau (water caltrop). Terdapat juga upacara kaum wanita menyembah bulan dan kanak-kanak bermain tanglung atau perarakan tanglung diadakan di jalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *