Kenyataan Media bersama: Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama

Negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia Ke-59 pada 16 September 2022, pada fasa peralihan ke endemik, kesan daripada COVID-19 yang mengesani kesihatan, ekonomi dan pendidikan rakyat.

Pada masa yang sama, sentimen perkauman dan agama masih lagi kedengaran dan dimainkan di negara ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang dibimbangi boleh menghakis semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Justeru itu, bagi memberikan penekanan penting dalam aspek perpaduan nasional di Malaysia, Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara mulai 1 Ogos hingga 16 September ini.

Sepanjang tempoh ini, lebih 60 program akan dijalankan di seluruh negara dan melibatkan lebih 30 NGO berbilang bangsa, agama dan budaya.

Tema ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama‘ dipilih berdasarkan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, namun sebagai rakyat negara ini, kita tetap teguh bersama, saling menghormati, menolong dan bersatu padu bagi memupuk keharmonian dan membina kemakmuran.

Oleh itu, bagi mengukuhkan lagi agenda perpaduan nasional di Malaysia, kami mewakili NGO dan CSO yang tersenarai menyeru agar:

  1. Rakyat Malaysia terus bersatu dan tidak goyah dengan apa sahaja hasutan dan sentimen agama dan perkauman yang dimainkan.
  2. Kerajaan dan pemimpin perlu menunjukkan sifat cintakan negara dengan segala tindakan untuk memajukan negara, penuh amanah dan menjauhkan pembaziran hasil negara.
  3. Mengajak semua ahli masyarakat meningkatkan keupayaan dan semangat untuk menukar gaya hidup kepada yang berpaksikan kebenaran, persaudaraan, kasih sayang, keadilan dan saling menghormati.
  4. Institusi keluarga sebagai asas masyarakat diperkukuh dengan menanam semangat dan rasa tanggungjawab kejiranan dan persefahaman antara kaum di kalangan anak-anak.
  5. Semua pihak, sama ada kerajaan, swasta, NGO dan persatuan di semua peringkat mempergiatkan usaha memupuk perasaan kasih sayang antara kaum dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mereka yang mencetuskan isu perkauman tanpa mengira darjat.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha meningkatkan hubungan antara kaum dan agama demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat dan negara tercinta.

Endorsement Sokongan
Organisasi

  1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  2. Pertubuhan Bapa Hebat Malaysia (Better Dads Malaysia)
  3. Christians for Peace and Harmony
  4. Pertubuhan Kanak-kanak Idaman Nasional (KIND)
  5. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
  6. MyIKRAM Bikers
  7. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
  8. Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)
  9. Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP)
  10. MyCARE Johor Bikers
  11. Pertubuhan Literasi Demokrasi (Ajar Demokrasi)
  12. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni)
  13. Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan)
  14. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  15. Hidayah Centre Foundation (HCF)
  16. Sathya Sai International Organization Malaysia
  17. Yayasan Perpaduan Malaysia
  18. Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS)
  19. Sathya Sai Academy for Human Values
  20. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA)
  21. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
  22. LLG Cultural Development Centre
  23. Tamil Foundation Malaysia
  24. Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)
  25. Persatuan Harmoni dan Sejahtera (UID)
  26. IKRAM Legal
  27. Projek57
  28. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  29. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
  30. Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)

Link IKRAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *