LLG Cultural Development Centre mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 开斋节快乐
kepada semua umat Islam

Hari ini dalam Sejarah 今日历史:
 “Perutusan Persoalan Pembinaan Jiwa" yang disampaikan oleh Mendiang Lim Lian Geok atas undangan Utusan Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri 1956, telah tersiar pada Sin Chew Jit Poh pada 5hb Mei 1956 dan pada muka depan mingguan Utusan Zaman, bersama dengan utusan pemimpin-pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, (Tun) Abdul Razak dan (Tun) Tan Cheng Lock pada 13hb Mei 1956. 
 1956年5月5日《星洲日报》刊登了一则新闻,标题是:“应巫文前锋报新年刊邀请,林连玉发表献词,谓独立建国首要工作为心理建设,培养共存共荣以及以马为家乡观念”。该开斋节献词刊在《马来前锋报》5月13日的Utusan Zaman星期天特刊封面版,与东姑、(敦)拉萨、(敦)陈祯禄等国家领袖的献词放在一起。
 Berikut adalah terjemahan yang diusahakan oleh Prof. Madya Dr. Chong Fah Hing (Universiti Putra Malaysia), berpandukan teks penuh Perutusan Mendiang Lim yang dalam Bahasa Cina:
 Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembentukan negara Malaya, perkara yang menjadi perhitungan terpenting ialah persoalan pembinaan jiwa.
 Pertama, kita harus memupuk gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Kita sedia maklum bahawa Malaya adalah negeri yang didiami oleh pelbagai kaum. Setiap kaum yang terlibat dalam meneroka dan membangunkan tanah bertuah ini mempunyai sumbangan masing-masing yang wajar dihargai. Semua kaum harus dilayan sebagai anggota dalam sebuah keluarga,  justeru mempunyai hak dan kewajipan yang sama agar semua pihak yakin bahawa rahmat boleh dinikmati bersama, dan  tanggungjawab juga wajib dipikul bersama dalam saat-saat yang genting  demi membina sebuah negara yang utuh dan kukuh.
 Kedua, memupuk keyakinan menjadikan Malaya sebagai Kampung Halaman yang Pertama. Peringatan ini khusus ditujukan kepada golongan kaum pendatang. Harus diingatkan bahawa walaupun Saudara mempunyai negara asal, tetapi keturunan Saudara kini sudah menjadi anak Malaya. Malayalah satu-satu Tanah Pertiwi dan Kampung Halaman buat selama-lamanya. Hanya kepentingan Malaya sahajalah perhitungan utama Saudara. Dan negara selain dari Malaya tak lebih sebagai negara rakan sahaja.
 Pembinaan jiwa adalah asas segala pembangunan. Kalau matlamat pembinaan jiwa belum tercapai, pastinya bermacam-macam persengketaan di luar dugaan akan galak berlaku.
 Mendorong pembinaan jiwa adalah menjadi tanggungjawab tokoh pelopor sebuah zaman dan juga tanggungjawab setiap insan. 
 Barang siapa yang menolak gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” adalah berdosa terhadap Malaya. Barang siapa yang akur sebagai warganegara Malaya, tetapi menolak Malaya sebagai negara pertiwinya juga berdosa terhadap Malaya.
 Pada masa kini, perkembangan kebudayaan dan ekonomi antara kaum di Malaya amat tidak seimbang. Ini adalah gejala yang amat mengecewakan. Namun, kami percaya bahawa manusia dilahirkan dengan penganugerahan yang sama, hanya tahap perkembangan kebudayaan dan ekonomi sesuatu kaum itu mungkin berbeza pada peringkat tertentu, tiada jurang perbezaan antara yang mampu dan yang tak mampu. Kalau dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah saksama, ketidak-seimbangan tersebut dengan mudah bisa diperbaiki. Tidak mungkin berlaku keadaan yang unggul selama-lamanya unggul, dan yang terkebelakang kekal terbelakang. Ini adalah aspek yang perlu diberi perhatian dalam persoalan pembinaan jiwa.
 Saya yakin batas dan sempadan antara pelbagai kaum di Malaya akan sirna pada suatu hari nanti. Akhirnya masing-masing menjalani kehidupan yang sama dan menjadi anggota satu keluarga. Kita harus mempunyai perspektif dan wawasan sedemikian, dan berganding bahu berpadu tenaga untuk merealisasikan matlamat tersebut.
 Saya percaya teman-teman Melayu saya yang berfikiran terbuka akan akur dengan pandangan saya ini.
 Akhir kalam, ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Merdeka!
 林连玉所著开斋节献词《心理的建设》原文如下:
 马来亚独立建国的事业中,顶重要的工作,就是心理上的建设。
 第一要培养共存共荣的观念。我们知道马来亚是民族复杂的地区,每个民族对这一地区的开发,都有他们不可磨灭的贡献。我们必须把所有的民族,当作一家人看待,权利和义务一律平等,使大家相信有福同享,然后,可以希望他们有难同当,把国家建设得完整而稳固。
 第二要培养以马来亚为第一家乡的观念。这是对外来民族说的。须知道你们虽有祖国,但是你们的子孙,已经是马来亚的儿女了,马来亚才是他们的祖国,才是他们永久的家乡。只有马来亚的利害,才是他们切身的利害,马来亚以外的国家,充其量只能算作朋友罢了。
 心理的建设,是一切建设的基础;心理的建设没有达到成功的境地,一切意外的纠纷,是会不断发生的。
 推行心理建设是先知先觉者的责任,也是每一份子的责任。
 凡是不肯共存共荣的人是马来亚的罪人;凡是做了马来亚的公民,而不以马来亚为祖国的人,也是马来亚的罪人。
 眼前,马来亚各民族的文化与经济发展得极不平衡,这是极可遗憾的现象。但我们相信天生人类是生而平等的,民族的文化与经济的进步,只有先期与后期的分别,并没有可能与不可能的差异。只要政府采取的政策是公正的,不平衡的现象很容易的可以纠正过来,绝不至于优越者永远优越,落后者永远落后。这又是另一种的心理建设。
 将来的马来亚民族的界限会完全泯灭,大家过着一样的生活,成为一家人。我们应该要有这样的眼光,并且携起手来,共同为实现这目标而努力。
 我相信我的马来朋友们,只要思想开通的,都会同意我的看法。
 我祝贺所有人士:开斋快乐――默迪卡!

发表评论

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注