Kenyataan Media bersama: Respons kumpulan masyarakat sivil terhadap krisis SPRM

Melihat kepada kontroversi semasa melibatkan pemilikan saham menggunakan nama ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Azam Baki, kami, organisasi sivil yang menandatangani ini menuntut:

  • Bahawasanya kuasa dipunyai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memulakan penyiasatan bebas bagi mengembalikan kredibiliti SPRM
  • Supaya pihak berkuasa menuntut beberapa individu/entiti untuk menjawab persoalan penting, khususnya:
    • Bagaimanakah ketua pesuruhanjaya SPRM membenarkan adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun peribadinya walhal ia boleh jadi salahguna mengikut Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991?
    • Mengapakah pengerusi lembaga penasihat SPRM didakwa mengetepikan pandangan anggota lain di dalam lembaga pengarah dan bergantung kepada pandangannya sendiri bagi membebaskan Azam Baki?
    • Mengapakah anggota lain lembaga penasihat hanya berdiam diri berkaitan rungutan yang diutarakan oleh Dr Terence Gomez selepas mereka mengikut mesyuarat pada 24 November untuk membincangkan hal ini.
  • Agar Lembaga Penasihat SPRM untuk mengeluarkan minit mesyuarat pada 24 November untuk menunjukkan atas dasar apa Azam Baki dibebaskan tanpa melalui proses penyiasatan yang sepatutnya.
  • Supaya Azam Baki bercuti sehingga penyiasatan selesai.
  • Agar Azam Baki menarik balik surat tuntutan terhadap pemberi maklumat, dan reformasi terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dijalankan bagi memperkukuh perlindungan melibatkan pemberi maklumat.
  • Supaya pihak kerajaan dapat menjalankan reformasi secara serius agar SPRM bebas, seperti yang digariskan oleh empat kumpulan pada tahun 2015.
  • Agar SPRM dikeluarkan dari Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah seliaan jawatankuasa terpilih khas rentas parti parlimen.

Dimulakan oleh
Organisasi

  1. Aliran
  2. Gerak
  3. Patriot
  4. Suaram

Endorsement Sokongan
Organisasi

  1. Against the Tide
  2. Agora Society Malaysia
  3. All Women’s Action Society (Awam)
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  5. Bersih
  6. Borneo Komrad
  7. Centre for Independent Journalism
  8. Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
  9. Center for Orang Asli Concerns
  10. Freedom Film Network
  11. G25 Malaysia
  12. Gabungan Bertindak Malaysia
  13. IDEAS
  14. Ikram Penang
  15. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
  16. MyPJ
  17. Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia)
  18. LLG Cultural Development Centre
  19. MAJU
  20. Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet)
  21. Monsoon Malaysia (MM)
  22. MYSE Johor
  23. New Student Movement Alliance of Malaysia
  24. Oriental Hearts and Mind Study Institute (Ohmsi)
  25. Our Journey
  26. Pangrok Sulap
  27. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
  28. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
  29. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  30. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)
  31. Pertubuhan Ikram Malaysia
  32. Pertubuhan Solidaritas
  33. Sabah Reform Initiative (Sari)
  34. Save Malaysia Stop Lynas
  35. Save Rivers
  36. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  37. Sustainable Development Network Malaysia
  38. Tenaganita
  39. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  40. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  41. Voice of Youtharian
  42. Komas
  43. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
  44. Workers Hub for Change (WH4C)

Link Aliran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *