Penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok 2021 (Ke-34)- Jawatankuasa Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah
Kata-kata Pujian
Sudah bertahun-tahun lamanya Jawatankuasa Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah memimpin persatuan-persatuan Bahasa Cina sekolah menengah di seluruh negara dengan merancang dan mengadakan kem bimbingan kebangsaan setiap tahun. Di samping memupuk nilai-nilai kepemimpinan dan kemahiran pengurusan para peserta, jawatankuasa ini juga meningkatkan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap gerakan pendidikan bahasa Cina dan budaya Tionghua. Kem tersebut menjadi platform kelahiran bakal pemimpin yang akan mewarisi kepemimpinan negara.
Ucapan Penerima Anugerah
Jawatankuasa KEM BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (Quan Zhong Hua,QZH) dianugerahkan Anugerah Semangat Lim Lian Geok Ke-34. Saya, Lee Yi Ting, Pengerusi QZH Ke-16, mewakili semua ahli jawatankuasa, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas pengiktirafan daripada LLG Cultural Development Centre, kepercayaan daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya dan sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat. Pencapaian hari ini adalah hasil usaha bersama setiap ahli jawatankuasa dari setiap penggal.
QZH sentiasa memfokuskan empat elemen, salah satunya ialah pendidikan bahasa Cina. Kami mendedahkan pelajar sekolah menengah dengan sejarah dan keadaan kini pendidikan bahasa Cina di Malaysia, supaya kita menghargai bahasa ibunda, mewariskan semangat nenek moyang serta mengubahkan pandangan bahawa “pembelajaran bahasa Cina membawa masalah”. Dalam kem QZH sebelum ini, peserta-peserta dan ahli jawatankuasa bukan sahaja berpeluang untuk menjalankan Upacara Pewarisan Budaya(传灯仪式) dan “Sebiji Benih”《一颗种籽》, kami juga pergi ke tempat perkuburan tokoh pendidikan untuk memberi penghormatan. Walaupun dalam pandemik, QZH bekerjasama dengan Memorial LLG untuk merakam video lawatan sambil belajar, menceritakan riwayat Mendiang Lim Lian Geok, serta menyediakan sesi perkongsian pendidikan Bahasa Cina dalam talian untuk pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Yang kedua daripada empat elemen ialah budaya dan kesusasteraan Cina. Kami meningkatkan pemahaman peserta-peserta terhadap budaya dan kesusasteraan tradisional Cina, dan menerapkannya ke dalam kehidupan. Perkembangan individu dan pengurusan organisasi juga merupakan dua elemen kem yang lain. Kem tersebut menyediakan pelbagai elemen yang diperlukan dalam pasukan supaya kepimpinan dan kemahiran peserta-peserta dipertingkatkan untuk membina pasukan yang lebih cekap.
Selain dalam QZH, ahli jawatankuasa QZH juga menawarkan diri untuk Hari Pendidikan Bahasa Cina (Chinese Education Festival) yang dianjurkan oleh LLG Cultural Development Centre. Kami mengambil bahagian dalam program latihan sukarelawan berpandu, mengetuai pelajar sekolah menengah melawat dan memberi penjelasan terhadap monumen kebudayaan. Kami juga sebagai sukarelawan di Kem Silang Budaya Merdeka Go. Dengan aktiviti sukarelawan ini, kami dapat menyumbang kepada warisan pendidikan Cina.
Jawatankuasa QZH dapat dianugerahkan Anugerah Semangat Lim Lian Geok Ke-34, kami berasa amat berharga. Kami berbangga kerana dapat mewarisi semangat Mendiang Lim Lian Geok! Sekian, terima kasih!