Ketika India menghadapi tahap krisis terbesar menghadapi wabak Covid-19, seluruh dunia sedar akan kepentingan ketelusan dalam pengendalian masalah ini.
Ketelusan mengenai betapa seriusnya masalah yang dihadapi akhirnya memastikan kerajaan India memandang serius masalah ini, dan seterusnya mendapatkan sejumlah bantuan yang amat diperlukan. Ini adalah bagaimana India cuba untuk pulih dan seterusnya mengelakkan keruntuhan total sistem kesihatannya.
Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengakui bahawa masalah itu wujud.
Di Malaysia, pihak berkuasa seolah masih tidak mengakui masalah yang dihadapi.
Budaya yang wujud selama puluhan tahun yang menyekat kebenaran, kini membahayakan jutaan nyawa rakyat Malaysia.
Kerajaan secara konsisten membungkam suara penjawat awam, termasuk petugas barisan hadapan kesihatan, dan menghalang mereka daripada mendedahkan betapa parahnya situasi sebenar yang kita hadapi.
Di mana sebelum ini, petugas barisan hadapan kesihatan enggan bersuara kerana mungkin dikhuatiri akan diambil tindakan. Namun, sekarang ramai sudah sanggup mengambil risiko demi bersuara sebelum lebih banyak nyawa yang hilang akibat keruntuhan penuh sistem penjagaan kesihatan kita.
Semakin banyak laporan kini muncul mengenai bagaimana hospital kerajaan Covid-19 semakin terbeban, dan tidak mampu memberi pesakit Covid-19 rawatan yang diperlukan.
Sumber tidak mencukupi, dan kepenatan kakitangan perubatan telah berada di tahap yang amat membimbangkan. Terdapat laporan mengenai kekurangan oksigen dan tempat tidur yang tidak mencukupi, kakitangan senior yang tertekan, CPR yang dilakukan di lantai, dan pesakit yang sesak nafas terpaksa menunggu di luar Jabatan Kecemasan.
Sementara itu, kerajaan terus “menyembunyikan kepalanya di pasir”, dan seolah tidak endah untuk bertindak dengan lebih serius. .
Laporan di lapangan menunjukkan bahawa surat kebenaran MITI dikeluarkan semakin banyak kepada syarikat dan membolehkan mereka dibuka semula. Sementara itu, masih tiada ketelusan perihal kilang mana yang dibenarkan untuk terus beroperasi dan mengapa mereka patut beroperasi.
Langkah “Lockdown” seakan-akan tidak disasarkan dengan betul, membiarkan kepentingan perniagaan bukan ‘essential’ terus beroperasi untuk melindungi keuntungan pihak berkaitan.
Maka, kelihatannya tidak ada keprihatinan yang sepatutnya sepanjang krisis ini berlaku, terutamanya ada hari-hari di mana jumlah ujian harian turun, tetapi jumlah kes tetap meningkat.
Kerajaan juga dilihat telah mengambil sikap tidak acuh walaupun petugas barisan hadapan kesihatan sekarang menggunakan istilah seperti “keruntuhan total” atau “total collapse” untuk menggambarkan tenatnya keadaan sistem kesihatan kita.
Kita perlu bunyikan “alarm bell” di seluruh negara. Kita perlu berada dalam keadaan “red alert”. Kita mesti berhenti berpolitik, dan harus bersatu dalam memerangi wabak Covid-19.
Malaysia kini menghadapi krisis yang paling parah kita hadapi setakat ini. Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini, dan wajib mula mengiktiraf dengan lebih jelas dan terperinci tentang betapa parahnya situasi yang kita sedang hadapi.
Sekiranya benar bahawa pemerintah mengisytiharkan darurat untuk memerangi Covid-19 dan bukannya untuk melindungi kepentingan politik, maka pemerintah harus mula bertindak dengan gambaran bahawa situasi negara kini benar-benar dalam keadaan darurat.
Kerajaan mesti dengan segera:
- Berterus terang secara telus mengenai keadaan di lapangan. Perhatian dasar harus diberikan kepada penyelesaian masalah, bukan menghukum pemberi maklumat.
- Libaturus dengan sektor penjagaan kesihatan swasta untuk meringankan beban hospital kerajaan. Terlibat secara konstruktif dan menggunakan peraturan kecemasan jika perlu.
- Meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan awam dalam jangka pendek dan jangka panjang, sehingga kapasiti penjagaan kesihatan jangka panjang dapat ditingkatkan, dan masalah seperti doktor kontrak dapat diselesaikan segera. Peningkatan dana mesti disertai dengan pembaharuan yang sesuai dalam struktur organisasi Kementerian Kesihatan.
Pernyataan bersama ini dimulakan oleh
Projek #BangsaMalaysia
(inisiatif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Projek Wawasan Rakyat (POWR)
Disokong oleh:
Organisasi
- ALIRAN
- ANAK
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Centre for Independent Journalism
- Childline Foundation
- Citizens Against Enforced Disappearances, CAGED
- Coalition for Business Integrity Berhad
- Darul Naim Institute
- ENGAGE
- G25 Malaysia
- Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia
- IKRAM Muda
- Lawyer Kamek for Change
- Liga Rakyat Demokratik
- LLG Cultural Development Centre
- Mimosa Learning For All
- North South Initiative
- Our Journey
- Parti Sosialis Malaysia
- Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
- Persatuan Alumni New Era Kajang
- Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
- Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
- Persatuan Patriot Kebangsaan
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
- Pertubuhan Demokrat Sosial (Demuda)
- Pertubuhan IKRAM Malaysia
- Projek Wawasan Rakyat (POWR)
- REFORM
- Sabah Reform Initiative (SARI)
- Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
- Sisters in Islam
- Tamil Foundation Malaysia
- TENAGANITA
- The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- Treat Every Environment Special Sdn Bhd (TrEES)
- Yayasan Chow Kit
- Youth Nation Club (YNC)
Individu
- Ain Husniza #MakeSchoolASaferPlace
- Akmal Hisham Abdul Rahim
- Alawiyah binti Yussof
- Altaf Deviyati
- Aravind Selva
- Arief Subhan
- Beatrice Chan
- BK Soon
- Devaruban Samalam Ruban
- Dr. Savinder Kaur Gill
- Eric Chia
- Ezrina Alias
- Hamid Jusoh
- Hardial Singh
- Hartini Zainudin
- Lt Col (R) Joginder Singh
- Ltkol B Basir bin H Ab Rahman
- Masbah Omar
- Mohd Yazid bin Abdullah
- Muhammad Adli Musa
- Muhammad Aiman bin Ali
- Noor Zuliana Ahmad
- Norbik Idris
- Norman Goh
- Nurma Abd Karim
- Ooi Kok Hin
- Pan Jen Lin
- Prudence Lingham
- Pusparajah SK Selvadurai
- Richard Wee
- Rohizan Sam
- Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace
- Shalini Muniapan
- Shaq Koyok
- Sharifah Shahidah
- Shawn Sharif
- Sivakumar Nadaraj
- Vinod Naidu Munikrishnayya
- Yap Sook Yee
- Zaharom Nain
Link KLSCAH