Hari ke-5 bulan kelima dalam Kalendar Lunisolar Cina adalah hari yang penting dalam masyarakat Lingkungan Kebudayaan Asia Timur. Perayaan ini dikenali sebagai Perayaan Duan Wu atau Duan Wu Jie dalam bahasa Mandarin (juga dikenali sebagai Pesta Ketupat atau Pesta Perahu Naga).
Pada asalnya, Perayaan Duan Wu disambut untuk mencegah wabak dan menyembuhkan penyakit, menghindari binatang atau serangga yang berbisa, serta berdoa untuk kesihatan dan keselamatan. Penduduk di sana menjalankan adat menyambut Dewa Ombak dan mempersembahkan totem naga pada hari tersebut sejak zaman silam.
Kemudian, dikenali sebagai Hari Penyair untuk memperingati kematian seorang penyair patriotik yang bernama Qu Yuan.
Secara tradisinya, pada hari ini akan disambut dengan memakan “zongzi”(ketupat Cina, juga disebut kuih chang) dan mengadakan perlumbaan perahu naga. Malahan juga minum wain realgar, menggantung dan membakar tumbuhan -tumbuhan seperti Pokok Jerangau, wormwood dan argyi yang dipercayai boleh menghindari penyakit dan serangga.
LLG Cultural Development Centre mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Duan Wu kepada semua rakyat Malaysia sempena perayaan pencegahan wabak tradisional ini. Semoga kita semua sentiasa berada dałam keadaan sihat sejahtera.
#StayHomeStaySafe