FAQ LLG LARIAN MAYA MELAKA

LLG Larian Maya Melaka

FAQ

1.            Apa itu larian maya?

Larian maya adalah satu acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur.  Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan dan menghantar bukti larian kepada pihak penganjur dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2.            Bolehkah saya melengkapkan jarak dengan membahagikan kepada beberapa rekod larian?

Tidak, anda hanya boleh memilih untuk berlari jarak pilihan anda dalam satu larian.

3.            Bolehkah saya berlari di belakang rumah saya atau pusat senaman?

Ya, larian maya ini tidak menghadkan lokasi larian.  Anda boleh berlari dari lokasi yang anda pilih.  Anda boleh menjalankan larian anda sendiri, mengikut keselesaan anda sendiri.  Yang penting, anda berlari dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan jarak larian yang didaftar serta mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuatkuasa.

4.            Bagaimana jarak saya dikesan?

Selepas memilih tarikh dan masa untuk berlari.  Anda perlu memakai T-shirt anjuran larian maya LLG dan anda mesti membawa telefon yang mempunyai mempunyai aplikasi yang boleh mencatat masa, jarak dan lokasi anda sepanjang larian.  Pihak penganjur tidak menghadkan aplikasi yang digunakan.   Anda boleh menggunakan aplikasi seperti: Samsung Health,Huawei Health、Strava、Run Tracke atau aplikasi lain yang boleh menjejaki masa dan jarak.  Anda juga boleh menggunakan jam tangan GPS seperti Garmin atau mengambil gambar jam tangan atau treadmill untuk menunjukkan jarak. Anda hanya perlu memberikan bukti (gambar rekod larian) untuk menunjukkan bahawa anda telah menyelesaikan jarak larian.

5.            Kepada siapa saya menyerahkan rekod berlari?

Anda akan menerima email pengesahan dari pihak penganjur selepas pembayaran yuran pendaftaran yang berserta dengan pautan muat naik gambaran rekod berlari.  Anda hanya perlu mengisikan maklumat yang diperlukan dalam pautan tersebut.

6.            Bilakah saya perlu menyerahkan rekod larian?

Tempoh masa yang diberikan untuk berlari jarak pilihan anda adalah bermula dari 16 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021. Selepas melengkapkan jarak larian, anda perlu menghantar gambar anda (memakai T-shirt anjuran larian maya LLG) dan bukti (gambar rekod larian) kepada pautan maut naik yang ditetapkan oleh pihak penganjur sebelum jam 12:59 tengahmalam, 16 September 2021. E-sijil akan diberikan selepas pihak penganjur mengesahkan penerimaan rekod larian anda.

7.            Adakah larian maya ini bersifat atau mempunyai unsur-unsur pertandingan?

Tidak.  Demikian, pihak penganjur tidak menghadkan aplikasi yang perlu digunakan oleh peserta.  Peserta hanya perlu menghantar bukti larian yang jelas dan muat naik ke pautan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.  

8.            Bagaimana saya boleh mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah?

Peserta yang telah menyelesaikan larian jarak pilihan dalam tempoh masa yang ditentukan serta mempunyai E-sijil dari pihak penganjur akan dijumput untuk menghadiri majlis penutupan dan juga mengambil bahagian dalam cabutan bertuah secara ‘online’. Peserta dinasihatkan untuk mengenalpasti butiran peribadi yang diberikan seperti no. IC dan no. tel adalah lengkap bagi pengesahan kelayakan anda dalam acara cabutan bertuah.

9.            Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lebih lanjut?

Peserta boleh melayari laman web rasmi atau halaman Facebook LLG Cultural Development Centre Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian pejabat setiausaha di 03-21422496/97 atau WhatsApp:019-2802496.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *