2021 LLG Larian Maya Peraturan dan Undang-undang DAN Yuran Pendaftaran

Syarat penyertaan larian maya:

  1. Tempoh larian maya adalah bermula dari 16 September 2021 sehingga 16 Oktober 2021.
  2. Anda perlu melengkapkan larian maya ini dalam SATU rekod larian sahaja.
  3. Larian maya ini tidak menghadkan lokasi larian. Anda boleh berlari dari lokasi yang anda pilih. Anda boleh menjalankan larian anda sendiri, mengikut keselesaan anda sendiri. Yang penting, anda berlari dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan jarak larian yang didaftar serta mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuatkuasa.
  4. Anda perlu memakai T-shirt anjuran larian maya LLG dan muat naik bukit larian melalui pautan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  5. Anda mesti membawa telefon yang mempunyai mempunyai aplikasi yang boleh mencatat masa, jarak dan lokasi anda sepanjang larian. Pihak penganjur tidak menghadkan aplikasi yang digunakan. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti: Samsung Health,Huawei Health、Strava、Run Tracke atau aplikasi lain yang boleh menjejaki masa dan jarak. Anda juga boleh menggunakan jam tangan GPS seperti Garmin atau mengambil gambar jam tangan atau treadmill untuk menunjukkan jarak.
  6. Selepas melengkapkan jarak larian, anda perlu menghantar bukti (gambar rekod larian) kepada pautan maut naik yang ditetapkan oleh pihak penganjur sebelum jam 12:59 tengahmalam, 16 Oktober 2021. E-sijil akan diberikan selepas pihak penganjur mengesahkan penerimaan rekod larian anda.
  7. Larian maya ini bukanya suatu acara pertandingan. Demikian, pihak penganjur tidak menghadkan aplikasi yang perlu digunakan oleh peserta. Peserta hanya perlu menghantar bukti larian yang jelas dan muat naik ke pautan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  8. Peserta yang telah menyelesaikan larian jarak pilihan dalam tempoh masa yang ditentukan serta mempunyai E-sijil dari pihak penganjur akan dijumput untuk menghadiri majlis penutupan dan juga mengambil bahagian dalam cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah ialah: Smart TV, telefon bimbit, basikal, peralatan elektronik dan lain-lain. Peserta dinasihatkan untuk mengenalpasti butiran peribadi yang diberikan seperti no. IC dan no. tel adalah lengkap bagi pengesahan kelayakan anda dalam acara cabutan bertuah.

Kaedah pembayaran:
1. Cek:Bayar kepada “LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE BHD”
2. Bayaran dalam talian: Nama Bank: “OCBC BANK” No.Akaun : 701-148-7450, Rujukan bayaran: WBLLGR160M.
3. Sila muat naik ‘bank-in slip’ dengan menyatakan nama dan No.telefon.

Yuran Pendaftaran:
Kumpulan A-10KM : RM60
Kumpulan C- 5KM : RM50
Kumpulan I – 5KM: RM80 (Untuk 2 orang sahaja)
Kumpulan J – 21KM: RM75

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *