Memorial Lim Lian Geok merupakan bangunan bina semula. Bangunan asalnya adalah bangunan pejabat seni bina moden yang bergaya antarabangsa. Kaca dan konkrit telah mengasingkan bahagian dalaman daripada persekitaran luar, mengakibatkan lampu elektrik perlu dipasang sepanjang masa.
Cadangan “bina semula” menukar panel fasad bangunan yang menghadap jalan kepada dinding tirai kaca, meroboh sebahagian lantai dari tingkat tiga ke tingkat lima, membentuk ruang menembus yang tegak. Ruang ini amat penting untuk penembusan udara dan cahaya, supaya mengurangkan tekanan kadar liputan sepenuh oleh bangunan asal. Ciri-ciri bangunan moden diamalkan, manakala ciri-ciri tradisional diketepikan, membentuk gaya bangunan yang baru.
Kegunaan setiap tingkat bangunan ini berlainan mengikut kesesuaian. Tingkat satu dan dua adalah ruang untuk disewa, tingkat tiga sebagai ruang aktiviti, tingkat empat adalah bilik pameran manakala tingkat lima dijadikan pejabat urusan LLG. Tingkat tambahan di tingkat enam adalah bilik tamu dan stor. Ruang aktiviti merupakan ruang yang kerap diguna, maka terletak di tingkat yang lebih rendah, supaya orang ramai boleh mencapainya dengan tangga.
Reka bentuk tingkat empat unik kerana ia adalah bilik pameran Memorial. Kita menggunakan teknik yang lebih sensasi di atas penampilan. Dinding gelas yang luas sampai ke atas jalan, membentuk ilustrasi yang menarik.
Patung Lim Lian Geok diletakkan di atas pentas terapung. Sikap kegagahan Lim dipersembah melalui ukiran seni. Sudut pandangan patung ialah Merdeka Stadium yang mengisytiharkan kemerdekaan Malaya. Ini melambangkan kesetiaan beliau terhadap negara ini, serta membentuk suasana untuk pengunjung merasai visi dan integriti seorang pemimpin menerajui zaman.
Patung yang terletak dalam petak gelas dengan sebahagian terlitup oleh papan aluminium boleh dinampak dari luar. Ia melambangkan pelucutan kewarganegaraan Lim. Jikalau kewarganegaraannya dipulih oleh kerajaan Malaysia satu hari nanti, maka bahagian terlitup tersebut akan terbuka, agar patungnya bersemuka dengan Stadium Merdeka secara langsung.
Papan pengasingan dalam Memorial direka mengikut rumah Lim Lian Geok di Selayang, Kuala Lumpur. Ini adalah ciri seni bina yang boleh didapati di rumah panjang Melayu, rumah kampong baru Cina, dan rumah estet India, serta rumah orang asli pada ketika. Ia merupakan ciri seni bina yang sama di antara masyarakat berbilang kaum Malaysia. Papan pengasingan ini membahagikan Memorial kepada beberapa kawasan, untuk mempamerkan cerita Lim Lian Geok, sejarah pendidikan Cina serta rakan seperjuangannya.
Pejabat LLG yang berada di tingkat lima mengekalkan penembusan bangunan ini, agar cahaya dapat menembus sebanyak mungkin. Ini adalah untuk memastikan pejabat dapat beroperasi walaupun dalam keadaan padam letrik atau hawa dingin rosak.
Bangunan komersial, perumahan berkepadatan tinggi atau perumahan mewah merupakan arus utama dalam bidang seni bina, manakala galeri budaya seperti galeri seni atau muzium pula kurang. Walaupun bangunan ini bukan bangunan yang baru, namun melalui reka bentuk membina semula, transformasinya sangat ketara, untuk padan dengan tema Memorial.
Teknik seni bina yang sederhana disesuaikan kepada Memorial. Mengecualikan ciri seni bina tradisional Cina yang lazim digunakan oleh persatuan Cina, mencipta ruangan penjimatan tenaga dan bersesuaian dengan tropika. Dengan papan pengasingan yang sederhana, menekan nilai moral tinggi Lim, keazaman, semangat, kegigihan dan perjuangan untuk keadilan serta kebenaran.
Nota Editor:
Pengarang En. Teoh Chee Keong adalah pereka bentuk Memorial Lim Lian Geok.
Gambar-gambar tersebut daripadanya, kita ingin menyampaikan ribuan terima kasih atas sumbangannya.