Objektif dan Strategi Pembangunan Memorial Lim Lian Geok

Dari tahun 2007 hingga 2010, LLG Cultural Development Centre mendapat sokongan kuat dari masyarakat Cina dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM4.48 juta melalui pelbagai aktiviti di seluruh negara. Sebuah bangunan lima setengah tingkat yang terletak di Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur telah dibeli pada tahun 2011 dengan kos RM4.65 juta. Bangunan ini terletak di pautan pusat budaya tradisional Cina Kuala Lumpur, dengan lokasinya yang strategik dan sesuai untuk pembinaan muzium. Setelah dua tahun kerja pengumpulan dana, perancangan, pelukisan seni bina, dan pengubahsuaian, Memorial Lim Lian Geok siap dibina pada akhir tahun 2013, dan upacara perasmian diadakan pada akhir tahun 2014.

Seperti yang dinyatakan dalam batu peringatan bertajuk ‘Penyempurnaan Memorial Lim Lian Geok’, pembinaan muzium ini membawa tiga makna: (1) Encik Lim Lian Geok merupakan tokoh perwakilan budaya dan sejarah orang Cina di negara ini. Beliau adalah jurucakap penting untuk pendidikan Cina dan hak-hak warganegara Cina semasa tempoh perjuangan kemerdekaan. Beliau mewakili pendapat umum masyarakat Cina serta menetapkan status politik dan struktur budaya berjuta-juta warganegara Cina pada masa itu. (2) Untuk menegaskan sifat keperibadian En. Lim yang rendah hati, tekad, berani dan gigih berusaha. Untuk mempromosikan watak dan semangat beliau sambil mewujudkan satu teladan atau contoh yang baik. (3) Menyebarkan semangat En. Lim yang berusaha demi kesaksamaan pelbagai etnik dan pendidikan bahasa ibunda. Menyokong konsep beliau ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ sebagai nilai sejagat.

Mendiang Encik Lim Lian Geok merupakan seorang pejuang pendidikan yang penting bagi masyarakat Cina di Malaysia. Pembinaan Memorial Lim Lian Geok bertujuan memperingati mendiang En. Lim dan memaparkan kedudukan istimewa beliau. Memorial Lim Lian Geok sebagai tempat pameran kisah mendiang En. Lim dan rakan-rakan seperjuangannya, turut mencatat sejarah perkembangan pendidikan Cina di negara ini. Diharapkan generasi muda dan kumpulan etnik yang berlainan dapat lebih mengenali riwayat hidup dan pemikiran En. Lim melalui Memorial Lim Lian Geok.

Objektif:

Melanjutkan misi Pusat Pambangunan Kebudayaan LLG sebagai organisasi sivik dalam bidang budaya dan pendidikan. Memorial Lim Lian Geok bukan sahaja tempatan pameran sejarah dan warisan, ia juga membuka ruang kepada penganjuran aktiviti budaya dan pendidikan.

Matlamat:

Menjadi pelantar utama penyebaran semangat LLG, pusat pengumpulan data bagi sejarah dan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia, serta pentas bagi program-program interaksi kaum.

Strategi Pembangunan

Dewan Pameran:

◆ Mematuhi garis panduan operasi muzium supaya menjadi dewan pameran yang terkenal dengan orang ternama dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam pendidikan Cina di Malaysia.

◆ Bekerjasama dengan badan-badan lain seperti Dewan Perhimpunan Cina, Dong Jiao Zong, Sekolah Menengah Persendirian Confucian, Chan She Shu Yuen, Persatuan Dramatik Yan Keng, Yayasan Tan Kah Kee, Perkuburan Kwong Tong dan Hokkien, dsb. Membentuk pakatan bersepadu atas isu sejarah dan warisan, akhirnya mewujudkan satu tarikan lawatan bertajuk ‘Jejak Warisan Cina Kuala Lumpur’.

◆ Berganding bahu dengan Centre for Malaysian Chinese Studies dan institusi akademik yang lain bagi pengumpulan maklumat pendidikan, penyelidikan kertas kajian, penerbitan bahan bacaan, penganjuran seminar dan simposium.

◆ Menjalin hubungan dengan institusi serantau dan luar negeri yang berkaitan, menggalakkan pertukaran budaya dan menuju ke arah globalisasi.

 

Ruang Aktiviti:

◆ Berusaha untuk berinteraksi dengan masyarakat tempatan, merancang aktiviti dan program yang beraneka, serta mendorong penyertaan orang awam pada tahap yang berbeza.

◆ Memorial Lim Lian Geok bukan sahaja terletak di kawasan pautan budaya tradisional Cina, malahan dekat dengan pengkalan budaya orang Melayu seperti DBP, GAPENA, PENA. Ia sepatutnya menjadi platform untuk mempromosikan aktiviti masyarakat sivik dan program rentas etnik.

 

Memorial Lim Lian Geok menerusi paparan statik, aktiviti dinamik, hubungan komuniti dan gabungan sumber, berinisiatif menjadi tempat penting pengamalan semangat LLG, platform memperkasakan pendidikan bahasa ibunda, pentas promosi budaya berbilang kaum serta pelantar penghebahan konsep demokrasi dan hak asasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *