Kronologi Memorial LLG (2007-2016)

TahunBulanPeristiwa UtamaFoto
20073Encik Loot Ting Yee mengumumkan dua rancangan utama, iaitu project pembinaan Memorial Lim Lian Geok dan kerja-kerja mencantikkan kawasan perkuburan Encik Lim Lian Geok.
6Encik Loot Ting Yee mengetuai delegasi untuk mengunjungi Sekolah Menengah Persendirian di kawasan selatan Malaysia dan memohon sokongan daripada pelajar-pelajar sekolah Cina di seluruh negara demi rancangan project pembinaan memorial.
Sasaran dana pembinaan ditetapkan sebanyak 5 juta ringgit.
8Mempromosikan kempen penggalangan dana yang bertema "Jutaan Penyumbang Jiwa - Pembinaan Memorial Lim Lian Geok".
2008Pengumpulan dana melebihi 3.61 juta ringgit pada akhir tahun.
2009Pengumpulan dana melebihi 3.61 juta ringgit pada akhir tahun.
Aktif mencari lokasi yang sesuai untuk pembinaan bangunan memorial.
2010Setelah pencarian beberapa rumah kedai dan tanah namun tidak berhasil.
Dana pembinaan mencatat 4.48 juta ringgit pada akhir tahun.
2011Menimbang semula bangunan pejabat yang bertingkat lima setengah di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Ia dianggap sebagai lokasi yang sesuai untuk pembinaan memorial disebabkan ia terletak di pusat kebudayaan tradisional Cina dalam ibu kota dan mempunyai kemudahan pengangkutan.
6 & 8Mesyuarat jawatankuasa dan EGM turut meluluskan pembelian bangunan pejabat di Jalan Maharajalela dengan harga 4.65 juta ringgit.
7Lembaga pengarah menubuhkan Jawatankuasa Penyediaan dan Perancangan Memorial Lim Lian Geok (Jawatankuasa Pembinaan).
10Lembaga pengarah menerima proposal dan cadangan pembinaan.
11Majlis pelancaran projek pengubahsuaian Memorial Lim Lian Geok.
20123Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pembinaan telah diadakan. Pasukan arkitek di bawah pimpinan Encik Teoh Chee Keong telah membentangkan konsep reka bentuk dan carta aliran kerja ubahsuai.
6Pasukan teknikal Jawatankuasa Pembinaan dan pasukan arkitek Encik Teoh Chee Keong memulakan kerja tinjauan dan lukisan pembinaan.
9Kumpulan perancang kandungan dewan pameran mengadakan mesyuarat pertama untuk membincangkan perancangan kandungan paparan.
10Larian amal "Larian LLG" yang pertama telah berjaya mengumpulkan 1.02 juta ringgit sebagai dana pengubahsuaian memorial.
12Dengan sokongan daripada jawatankuasa tempatan LLG, sebanyak 1.06 juta ringgit telah dikumpulkan untuk projek pengubahsuaian menjelang akhir tahun.
20131Mesyuarat pasukan teknikal telah diadakan sebanyak 14 kali.
Jawatankuasa Pembinaan telah meluluskan kontraktor umum untuk projek pengubahsuaian pada mesyuarat ke-4, dengan kos keseluruhan sebanyak 2.08 juta ringgit.
2Kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan dan berlangsung selama setengah tahun. Sebanyak 15 kali mesyuarat pembinaan diadakan.
9Usaha mendapatkan bahan artifak dan harta peninggalan berkenaan pendidikan Cina telah bermula.
10Urusetia LLG Cultural Development Centre Berhad berpindah masuk ke bangunan memorial.
12Lembaga pengarah melantik Encik Lee Phung Koon sebagai kurator Memorial Lim Lian Geok.
Upacara pembukaan rasmi Memorial Lim Lian Geok diadakan bersama dengan pelancaran pameran "Riwayat Hidup Encik Lim Lian Geok".
20143Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Memorial (Ruang Pameran) diadakan.
Lembaga pengarah meluluskan jumlah belanjawan Program Pemeliharaan Artifak sebanyak 50,000 ringgit.
4Pasukan paparan Jawatankuasa Pengurusan dan pasukan pereka Tsuji Lam memulakan kerja susun atur kandungan pameran.
6Menerbitkan Buletin Memorial Lim Lian Geok (Versi Percubaan) dan Risalah Muzium dan Galeri Swasta Tempatan.
9Menugaskan kakitangan ke Taiwan untuk menyertai kursus “Latihan Doktor Buku (Pemuliharaan buku dan manuskrip)”.
Mengadakan Program Interaksi Muzium dan Galeri Swasta Tempatan Cina.
12Profesor Huang Kuang-Nan dari Taiwan dijemput untuk memberi ceramah mengenai topik muzium (Pidato Lim Lian Geok) sempena Majlis Perasmian Memorial Lim Lian Geok.
20153-4Kursus latihan diadakan untuk membimbing sukarelawan lawatan berpandu bagi peringkat pertama.
5-11Rancangan mempromosikan lawatan ke Memorial Lim Lian Geok di kalangan Sekolah Rendah Cina Kuala Lumpur.
6Bengkel pemeliharaan dan pemuliharaan buku dan manuskrip dianjurkan.
Pelaksanaan pelan pendigitalan minit mesyuarat bagi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Persendirian Confucian.
9Profesor Lin Guang-Mei memberi kuliah secara terbuka tentang Galeri Sejarah dan Muzium Universiti Nasional Taiwan.
12Ahli keluarga Encik Lim Lian Geok dijemput untuk mengunjungi memorial sempena perayaan ulang tahun ke-30 LLG Cultural Development Centre Berhad.
Paparan yang bertema “Tiga Puluh Orang Rakan Seperjuangan yang Sehidup Semati” dan zon upacara pengebumian disempurnakan.
Produk kreatif pertama iaitu poskad bersiri juga dilancarkan.
20165Menubuhkan "Pasukan Perintis Basikal" yang terdiri daripada sukarelawan lawatan berpandu bagi ruang pameran.
7Pelaksanaan pelan pendigitalan bahan artifak bagi Perpustakaan Awam Malaysia.
9Pameran khas yang bertema “Persoalan Pembinaan Jiwa” dianjurkan sempena ulang tahun ke-60 Peringatan Perutusan Encik Lim Lian Geok sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri.
12Kerja susun atur kandungan ruang pameran zon kelima yang bertema "Bersatu Hati untuk Menjanakan Tabung" dimulakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *