En. Chua Choon Ngi (Pengetua) dari Miri, Sarawak
En. Chua pernah berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Menengah Pei Min di Miri, Sarawak semasa sekolah tersebut sedang menghadapi masalah. Beliau telah melakukan reformasi dan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Dengan sokongan daripada lembaga pengurus sekolah dan staf pengajar, beliau berjaya mengubah sikap negatif masyarakat tempatan terhadap sekolah swasta Cina. Sejak itu sekolah tersebut menjadi benteng penting untuk pendidikan Cina di Sarawak.
Mr. Chua assumed the position of principal of Pei Min Middle School in Miri, Sarawak at a time when the school was in difficulty. He carried out reforms and maintained the use of mother tongue as the medium of instruction. He garnered support from the school’s board of management and teaching staff to successfully transform the negative perception of the local community towards Chinese independent schools. The school became an important rampart for Chinese education in Sarawak.