GBM
24 November, 2020
Penjahat Siber Yang Mengugut UMANY Perlu Dibawa ke Muka Pengadilan
Kami, pertubuhan masyarakat sivil yang bertandatangan dibawah menggesa pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat serta pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa penjahat siber yang membuat kiriman ugutan bunuh dan rogol ke atas ahli-ahli University of Malaya Association of New Youth (UMANY)[1], yang sedang menjadi buruan politik oleh sesetengah kelompok selepas kenyataan mereka berkenaan Raja Berperlembagaan. Pendirian penuh kami adalah seperti berikut:
- Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan (Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan). Pandangan yang tidak mempersoalkan Perkara 181 (Kecualian bagi Kedaulatan, dsb, Raja-Raja) adalah dilindungi oleh perlembagaan di bawah Perkara 10 (Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan).
- Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendirian UMANY atau mana-mana individu/organisasi berkenaan peranan Raja-Raja adalah bebas untuk mengemukakan pandangan mereka dengan fakta serta logik secara terbuka dan aman. Walaubagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang sepatutnya cuba menutup pandangan UMANY atau mana-mana individu/organisasi dengan keganasan atau ancaman keganasan.
- Ancaman bunuh dan rogol yang ditujukan kepada ahli-ahli UMANY sejak 18 November, sekiranya dilaksanakan, akan dianggap sebagai keganasan domestik dan merosakkan kedaulatan undang-undang di Malaysia. Polis, SKMM dan AGC wajib mencari dan membawa penjahat siber ini ke muka pengadilan – yang berkemungkinan pengganas domestik seperti mereka yang menyebabkan pertumpahan darah di Sweden, New Zealand, Amerika Syarikat dan Perancis – bagi melindungi rakyat biasa dan kedaulatan undang-undang.
- Ancaman bunuh dan rogol yang menyasarkan ahli-ahli UMANY atas nama ketaatan kepada Raja-Raja bahkan sebaliknya mencemarkan imej baik Raja-Raja di peringkat antarabangsa serta di Malaysia.
- Untuk rekod, pada 14 September 2019, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyatakan ketidaksetujuan baginda terhadap pihak polis yang menahan warga net yang dituduh menghina baginda di media sosial. Hal ini telah dilaporkan dengan positif oleh BBC.[2]
- Sekiranya tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa akan membawa persepsi bahawa mereka mempersetujui kegiatan jenayah siber di atas nama Raja-Raja dan menjadikan seolah-olah pihak berkuasa bersekongkol dengan sebarang kegiatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ini. Hal ini akan merosakkan reputasi baik Raja-Raja dan negara ini. Rakyat Malaysia yang benar-benar sayangkan negara, Raja-Raja dan Perlembagaan tidak akan menerima perkara ini.
Dilancarkan oleh Bersih 2.0, GBM POWR dan ENGAGE. Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh:
(Rujuk pautan di atas)
Dilancarkan oleh Bersih 2.0, GBM POWR dan ENGAGE. Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh:1. Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0)2. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) 3. Projek Wawasan Rakyat (POWR) 4. ENGAGE5. Agora Society6. All Women’s Action Society (AWAM)7. Baramkini8. Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM) 9. Centre for Independent Journalism (CIJ)10. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)11. Global Bersih12. Growing Emerging Leaders (GEL)13. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)14. Justice for Sisters15. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)16. Liga Rakyat Demokratik17. LLG Cultural Development Centre (LLG)18. Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU)19. Merdeka University Berhad (MUB)20. Monsoons Malaysia21. Muslim Professional Forum (MPF)22. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)23. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)24. Partners of Community Organizations in Sabah (PACOS Trust)25. Penyelidikan Sosio-Budaya Saudara (SAUDARA)26. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)27. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)28. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor and KL29. Persatuan Penduduk Petaling Jaya (MyPJ)30. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)31. Pertubuhan Solidaritas32. Pusat KOMAS (KOMAS)33. Sabah Human Rights Centre (SHRC)34. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)35. Sarawak Association For Peoples’ Aspiration (SAPA) 36. Society for Equality, Respect And Trust for All (SERATA)37. Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)38. Sabah Reform Initiative (SARI)39. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)40. Tenaganita41. Teoh Beng Hock Trust for Democracy42. Tindak Malaysia43. Sisters in Islam (SIS)44. United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)Nota: Kami juga menerima sokongan tambahan daripada pertubuhan-pertubuhan berikut selepas kenyataan ini dihantar kepada media. 45. Voice of Youtharian46. Student Unity Front UKM 47. Malaysia Youth and Students Evolution Melaka48. Angkatan Mahasiswa UM49. Demokrat UM50. Suara Siswa UM51. Presiden dan Setiausaha PKAUM52. University of Malaya Students’ Union53. Tunku Abdul Rahman Association New Youth (TARANY)54. Youth of Tunku Abdul Rahman (YOUTAR)