Menu

[Notis]Megutuk pernyataan yang berbaur perkauman dan menggugat keharmonian, Seharusnya Utamakan Pembinaan Negera Berbilang Kaum dan Budaya

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berasa kecewa atas Kongres Maruah Melayu yang diadakan baru-baru ini, yang pernyataan diutarakan oleh pemidato-pemidato itu berbaur perkauman. Kongres Maruah Melayu bertujuan menbincangkan masalah dari perspektif akademik pada mulanya, tetapi sesetengah pemidato telah menonjolkan secara melampau terhadap isu kepentingan bangsa Melayu terhakis dengan pernyataan yang tidak benar serta dari perspektif yang kurang menyeluruh. Ini telah menggugat keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Kongres yang menjangkau isu kebudayaan, agama, pendidikan, ekonomi dan sosial itu, merangkumi pelbagai tuntutan yang hanya berdasarkan Islam dan kaum Melayu, sehingga kami berasa kongres ini hanya bernamakan akademik tetapi sebenarnya demi merealisasikan kepentingan diri mereka sendiri sahaja , serta merosakkan suasana muhibbah dan perpaduan antara kaum. Ini bukan sahaja membangkitkan ketidaksenangan hati, kebimbangan dan kerisauan orang Melayu terhadap hak dan kedudukan sosial sendiri, ia juga memburukkan lagi prasangka dan penangkapan negatif kaum-kaum lain terhadap kaum Melayu.

Tentang ulasan Tun Mahathir, Perdana Menteri di kongres yang berbunyi:  “Orang asing berasa selesa dengan negara kita dan mereka ingin tinggal di sini. Nak tak nak pun, kita terpaksa terima, kalau tidak kita tidak akan mencapai kemerdekaan”, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG berasa amat kecewa dan meminta Perdana Menteri memperbetulkan ulasan beliau. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG juga meminta kerajaan Pakatan Harapan supaya melihat dan mengakui Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada berbilang kaum,  dengan menghargai sumbangan setiap kaum dalam pembinaan negara selama ini, serta berjanji akan berusaha untuk memupuk persefahaman di antara kaum dan nilai hormat-menghormati perbezaan dan kepelbagaian budaya di negara kita.

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua pemimpin politik kerajaan dan pihak pembangkang supaya menolak pernyataan yang berbaur perkauman yang ekstrim seperti ini. Kita semua sepatutnya mengetepikan fikiran yang hanya mengutamakan sesuatu kaum tetapi memegang konsep “hidup berbilang, makmur bersama” untuk membina sebuah negara sekular yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya supaya diteladani oleh negara-negara lain.

Setelah kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya ke-14, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya berusaha dalam agenda mereformasi institusi pentadbiran dan politik supaya membina sebuah negara yang adil lagi maju untuk semua rakyat. Sebarang pernyataan yang terlalu menekankan maruah dan kepentingan kaum tertentu, tidak akan membawa kemajuan dan manfaat kepada kaum itu, tetapi hanya akan menggugatkan perpaduan antara kaum serta membawa padah kepada negara kita.

RSSComments (0)

Trackback URL

填写留言