Projek Perintis Fotografi Kanak-kanak Mempromosikan Keharmonian Antara Kaum dan Perpaduan Negara akan bermula di Negeri Johor

Kenyataan Akhbar

Untuk memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan negara sempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2016, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) bersama dengan enam ahli-ahli organisasinya akan menganjurkan sebuah projek fotografi kanak-kanak bertajuk “Kampungku, Negaraku – Dari Kaca Mata Anak-Anak Kita” untuk mengumpul fotografi dari kanak-kanak yang mengangkap keharmonian dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Projek ini akan bermula di Negeri Johor sebagai projek perintis. Penganjur akan bermula menerima gambar-gambar dari kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun, dari 15 September hingga ke 15 Disember 2016.

Sebuah pameran fotografi terbuka akan diadakan untuk mempamerkan gambar-gambar yang terpilih dan akan diadakan di Johor Bahru pada 1-7 Februari 2017 sempena Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu. Pameran ini akan kemudiannya menjelajah ke 10 daerah-dearah di Negeri Johor.

Melalui projek perintis ini, penganjur berharap kanak-kanak, ibubapa-ibubapa dan kalangan rakyat jelata dapat menghargai dan meraikan kekayaan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia dan menyedari bahawa rakyat Malaysia, walaupun latarbelakang berlainan, dapat hidup bersama dengan harmoni.

Tumpuan para penganjur dalam projek ini adalah kanak-kanak kerana mereka merupakan masa depan negara dan adalah penting untuk menggalakkan penghargaan kepelbagaian budaya dan perpaduan negara dikalangan rakyat Malaysia sejak kecil lagi.

Enam ahli-ahli organisasi GBM yang membentuk Jawatankuasa Penganjur Johor sebagai penganjur bersama untuk projek ini adalah Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tamil Foundation, LLG Cultural Development Center, ENGAGE dan Gabungan Persatuan Cina Johor.

Kami menyeru ibubapa yang mempunyai kanak-kanak yang berumur 8 hingga 10 tahun yang menetap di negeri Johor untuk menyertai projek dengan menggalakkan anak mereka untuk mengambil gambar yang selari dengan tema “Kampungku, Negaraku” dan hantar ke penganjur. Setiap peserta boleh hantar maksima 5 gambar sahaja and gambar tersebut mestilah hasil kerja kanak-kanak sendiri.

 

Gambar-gambar yang dihantar perlu sekurang-kurangnya 6 megapixel dan keatas. Gambar-gambar tersebut boleh diambil dengan kamera atau telepon bimbit. Semua gambar perlu dihantar ke gbm.kampungku.negaraku@gmail.com sebelum jam 17:00 pada 15 Disember 2016.

Satu panel penghakiman yang diketuai oleh seniman fotografi Malaysia terkemuka, Eric Peris akan memilih gambar-gambar untuk menyertai pameran di tahun depan.

Semua kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam projek ini akan diberi sijil penyertaan. Kanak-kanak yang gambarnya terpilih untuk pameran akan diberi baucar buku dan ticket percuma ke lokasi pengetahuan.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana menyertai projek ini, sila hubungi Syaimaa’ Adibah Hassan (07-5211152) atau Cik Tan (016-725 4399) atau emel ke gbm.kampungku.negaraku@gmail.com. Orang ramai juga boleh melayari www.gbm.org.my atau https://www.facebook.com/gbmkampungkunegaraku/?fref=ts.

 

Untuk temuduga media, sila hubungi:

  1. Prematilaka Kd. Serisena (Pengerusi Projek Fotografi Kanak-Kanak – “Kampungku, Negaraku”, Gabungan Bertindak Malaysia, Kuala Lumpur), +6016 2395999 atau emel: prematilaka13@gmail.com

 

  1. Hj Mokri bin Sabran (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Johor untuk Projek Fotografi Kanak-Kanak – “Kampungku, Negaraku”), tel: +6019 7293588 atau emel: mokri0861@gmail.com