Menu

[Press Release]Pertandingan filem pendek terbuka “Hidup Berbilang”

Pertandingan filem pendek terbuka “Hidup Berbilang” 

sempena Peringatan Penyampaian Perutusan “Persoalan Pembinaan Jiwa” oleh Mendiang Lim Lian Geok  Ulang Tahun ke-60 (1956-2016)

 

Kenyataan Media

PC hidup berbilang 21042016 IMG_4975

Pertandingan Filem Pendek “Hidup Berbilang” akan menerima pendaftaran mulai Hari Sabtu minggu ini.

 

Pertandingan Filem Pendek “Hidup Berbilang” ini adalah diadakan sempena Peringatan Penyampaian Perutusan “Persoalan Pembinaan Jiwa” oleh Mendiang Lim Lian Geok  Ulang Tahun ke-60 oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dengan kerjasama IKRAM, Tamil Foundation dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS). Aktiviti-aktiviti peringatan tersebut ditaja oleh Tan Kai Hee, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O Enterprise Berhad, dan Ng Beng Tee, Penasihat Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

 

Sdr. Lim Lian Geok  telah menyampaikan  perutusan atas undangan  Utusan Melayu edisi khas sempena Hari Raya Aidilfitri pada 60 tahun yang lepas. Beliau bercadang bahawa setiap kaum perlu mempertingkatkan “pembinaan jiwa”, kerana “pembinaan jiwa” ini adalah asas segala pembangunan. Beliau juga menyeru supaya setiap kaum memegang falsafah “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”dalam perjuangan membina negara yang baru ini, dan juga yakin bahawa suatu kaum yang pada masa ini mundur kebudayaan dan ekonomi adalah berpeluang bagi mengejar kaum-kaum lain yang talah maju dengan syarat polisi yang dipakai oleh pemenrintah adalah  adil dan baik.

Sebenarnya, sejak zaman pra kemerdekaan lagi, Mendiang Lim telah pun menyeru agar semua rakyat tanpa mengira kaum bersatu padu membangunkan negara atas prinsip “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Beliau bukan sahaja sentiasa mengingatkan guru-guru sekolah Cina supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memupuk sikap cintakan negara di kalangan pelajar, beliau juga memainkan peranan penting mendorong Jiao Zong terlibat secara aktif dalam program penggubalan kurikulum baru serta penerbitan buku teks sekolah Cina sehingga setimpal dengan keadaan tempatan.

Sempena ulang tahun ke-60 mesej Mendiang Lim yang bersejarah dan mustahak itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dengan kerjasama IKRAM, Tamil Foundation dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) akan mengadakan pertandingan serta pengundian online filem pendek, untuk memberi peluang kepada setiap komuniti atau individu supaya menyebarkan pemahaman/idea/visinya terhadap  perkauman atau pembinaan negara, supaya memperkayakan  lagi falsafah/prinsip “hidup berbilang, makmur bersama”.

 

Pertandingan tersebut telah menjemput director yang terkenal iaitu Tan Chui Mui, Amir Muhammad dan Leong Yew Sen untuk menjadi panel hakim, dan terdapat banyak hadiah yang lumayan, seperti hadiah bagi tempat pertama iaitu RM5000, untuk menarik minat orang ramai menyertainya. Pertandingan tersebut terbuka kepada setiap individu atau kumpulan, tanpa mengira status kewarganegaraan, bangsa dan umur, semua genre filem pendek juga diterima dalam pertandingan tersebut.

 

Mereka yang berminat, sila layari halaman aktiviti (fb.com/events/1686947914914687) atau hubungi pihak penganjur iaitu Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (03-21.422.496 Cik Yap / Cik Tan) untuk maklumat selanjutnya.

 

https://www.facebook.com/events/1686947914914687/