Memorial Lim Lian Geok (Dewan Pameran)

Pengenalan: Bagai Suria dan Bayu

Memorial Lim Lian Geok merupakan satu tempat yang dapat menonjolkan personaliti dan rohani watak mendiang Lim Lian Geok. Ia bukan sahaja tempat untuk mempamerkan usaha dan pencapaian Lim, malahan ia melambangkan, dan bertindak sebagai monumen memperingati perjuangan mulia dan murni masyarakat Cina di Malaysia. Ia juga menceritakan peristiwa-peristiwa bersejarah yang penting dalam pembinaan negara.

Memorial Lim Lian Geok_forewordMemorial ini dibahagikan kepada lima paparan yang bertema seperti berikut:
(1) Guru Biasa yang Meninggalkan Warisan dalam Sejarah;
(2) Lima Usaha dan Sumbangan Penting yang Menggegarkan Dasar Negara;
(3) Tiga Puluh Orang Rakan Seperjuangan yang Sehidup Semati;
(4) Epik Ratusan Tahun dalam Perjuangan Pendidikan Cina;
(5) Bersatu Hati untuk Menjanakan Tabung.

Selain paparan ekshibit utama, klip video, karya sastera dan hasil seni kaligrafi, patung dan peninggalan lain yang secara kolektif juga disajikan untuk menggambarkan kesungguhan seorang untuk menahan jiwa suci beliau. Di sini, kisah seorang lelaki yang beremosi, bersemangat kental dan murni pada zaman itu jelas kelihatan.

Tema-tema utama dan bahan kesusasteraan yang bernilai serta peninggalan lain yang berkaitan dengan beliau menjadi eviden kepada huru-hara dan peristiwa-peristiwa lepas. Ia dapat mengisi kelompangan dalam sejarah negara, di samping memberi perhatian yang berpatutan kepada kedudukan semua kaum.

Paparan Tema 1: Guru Biasa yang Meninggalkan Warisan dalam Sejarah

Bertualang lalu bertandang di wilayah selatan,
Terlupakan putaran waktu, musim semi bersilih rontok.

Berasal dari keluarga terpelajar, Lim Lian Geok berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Setelah datang ke Laut Selatan, beliau beralih dan mengajar di beberapa tempat, sebagai guru yang penuh dedikasi untuk mendidik murid-muridnya.

Memorial Lim Lian Geok_limliangeokMujur masih membawa harga diri dan semangat waja,
Apatah lagi pantang disogok hantaran sulit.

Pada masa menentang pendudukan Jepun, Lim Lian Geok menyertai pasukan penyelamat perubatan, turun ke medan perang, sedia berkorban demi mempertahankan Tanah ini. Lepas perang, beliau diberi tugas untuk membuka semula Sekolah Menengah Confucian. Kegigihan beliau menjulang tinggi reputasi sekolah, ketabahan beliau menambah kukuh martabat guru.

Menghayun lengan sasa menyentil sisik naga,
Mengacung penumbuk melawan ganas pak belang.

Masuk usia 50 tahun, Lim Lian Geok diamanahkan misi yang penting lagi berat, tampil untuk mengetuai pergerakan memperjuangkan pendidikan bahasa ibunda dan hak asasi warganegara, tidak gerun dan gentar, beliau tegas membidas pihak berkuasa demi mengekalkan warisan budaya Cina dan memperlihatkan semangat juang yang tidak menyerah.

Betapa sepi dan sengsara sang piatu di perantauan,
Tekad menahan badai berbekalkan tenaga kerdilku seorang.

Lim Lian Geok tidak berhenti berjuang sehingga tamat riwayatnya. Sebelum hembus nafas terakhir, beliau masih menegur kesilapan kenyataan Tunku. Sumbangan beliau tidak ternilai tingginya. Semasa hidup, beliau disanjung tinggi orang ramai; semasa meninggal, kematiannya diratapi orang ramai. Beliau digelar “Jiwa Kaum Cina” oleh masyarakat Cina sebagai penghormatan yang tertinggi.

Paparan Tema 2: Lima Usaha dan Sumbangan Penting yang Menggegarkan Dasar Negara

Pada tahun 1950-an menjelang kemerdekaan Malaya, suasana yang hiruk-pikuk dan huru-hara semakin menjadi-jadi. Dalam keadaan politik yang penuh dengan kekeliruan dan tidak keruan, Lim Lian Geok tampil untuk memimpin pergerakan mempertahankan pendidikan Cina dan memperjuangkan kewarganegaraan kaum Cina, dan juga mengemukakan gagasan pembinaan negara yang berteraskan amalan “hidup berbilang, makmur bersama”.

Usaha-usaha tersebut telah memberikan impak yang amat besar kepada pihak pemerintah, dan sekaligus menjadikan beliau bangkit sebagai orang yang paling berpengaruh, khasnya dalam masyarakat Cina pada masa itu. Tema ini memaparkan usaha dan sumbangan penting Lim Lian Geok berdasarkan lima tajuk berikut:
(1) Dari Laporan Barnes ke Kertas Putih Pelajaran (1951-1954);
(2) Kempen Bahasa Rasmi dan Perundingan Melaka (1954-1955);
(3) Pergerakan Memperjuangkan Kewarganegaraan dan Pembinaan Negara Semasa Kemerdekaan (1956-1958);
(4) Dari Laporan Razak ke Penukaran Bahasa Pengantar Sekolah Menengah Cina (1956-1961);
(5) Dokumen-dokumen Penting yang Dikemukakan oleh Lim Lian Geok bagi Pihak Masyarakat Cina (1952-1961)

Kelima-lima usaha dan sumbangan tersebut telah menentukan status budaya dan kedudukan kaum Cina di negara ini, membolehkan orang ramai mengenali semula peranan signifikan Lim Lian Geok dan pendidikan Cina dalam sejarah negara kita, serta mempertimbangkan semula penulisan dan penghuraian tentang sejarah pembinaan Malaya semasa kemerdekaan.

Paparan Tema 3: Tiga Puluh Orang Rakan Seperjuangan yang Sehidup Semati

Memorial Lim Lian Geok_lim comradesLim Lian Geok sememangnya mempunyai kegagahan dan semangat waja yang boleh menandingi sebarang kuasa besar, namun terdapat juga ramai rakan seperjuangan yang sehidup semati berada di sisinya untuk memberi bantuan dan sokongan sepanjang masa tanpa mengira kepentingan diri demi menjayakan perjuangan mereka.

Rakan-rakan seperjuangan ini juga merupakan tokoh-tokoh yang patut diberi penghormatan, maka dirakamkan biodata 33 orang rakan seperjuangan Lim untuk pengetahuan orang ramai. Antaranya termasuk guru, nazir, peguam, wartawan, usahawan, ahli politik, pemimpin persatuan, sahabat dan rakan sekampung. Selain itu, badan-badan yang terlibat pula merangkumi persatuan guru, lembaga pengarah sekolah, Kementerian Pelajaran, syarikat akhbar, parti politik dan pertubuhan Cina.

Paparan Tema 4: Epik Ratusan Tahun dalam Perjuangan Pendidikan Cina

Memorial Lim Lian Geok chinese education historySepanjang lebih daripada seratus tahun dalam perkembangan pendidikan Cina, penuh kesengsaraan dan melibatkan banyak pengorbanan pejuang-pejuang pendidikan Cina. Beginilah sejarah pendidikan Cina, bagai sebuah epik yang menceritakan perjuangan masyarakat Cina untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka.

Tema ini dibahagikan lapan era, antaranya termasuk Era Sekolah Pondok, Era Permulaan Pendidikan Moden, Era Campur Tangan Penjajah Bristish, Era Zaman Pendudukan Jepun, Era Perkembangan Pesat Pasca Perang, Era Penderitaan di bawah Dasar Pendidikan Satu Aliran, Era Pertahanan dan Era Pembangunan Semula ke Arah Pelbagai Aliran.

Banyak gambar telah dipamerkan dalam tema ini supaya sejarah pendidikan Cina selama ratusan tahun menjadi lebih memberangsangkan. Pencapaian pendidikan Cina merupakan sumbangan dan pengorbanan orang dahulu yang tidak harus dilupai. Merenung kembali masa lampau bukan sekadar untuk mengenang, malah dengan tujuan memberi dorongan untuk terus mara ke depan.

Paparan Tema 5: Bersatu Hati untuk Menjanakan Tabung

“Hidup Berbilang, Makmur Bersama” merupakan gagasan pembinaan negara yang sering ditegaskan oleh Lim Lian Geok. Setelah beliau meninggal, 15 pertubuhan Cina memutuskan untuk menubuhkan Tabung LLG (didaftarkan atas nama LLG Cultural Development Centre). Masyarakat Cina menyambut baik dan memberi sokongan yang sepenuhnya untuk menjayakannya. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG ditubuhkan dengan tujuan menyebarluaskan semangat Lim Lian Geok dan mempertahankan pendidikan bahasa ibunda.  Usaha-usaha yang diambil termasuk mengadakan aktiviti-aktiviti untuk mendorong perkembangan pendidikan, kebudayaan dan akademik, menerbitkan karya-karya peninggalan Lim Lian Geok dan buku-buku lain, serta berusaha keras untuk menjadikan “Hari Pendidikan Cina” sebagai perayaan bersama bagi semua warga dan badan pendidikan Cina di seluruh Malaysia.

Sejak tahun 2007, LLG mengambil inisiatif untuk meluaskan strukturnya dan membina Memorial Lim Lian Geok sebagai tempat penting untuk mengamalkan semangat Lim Lian Geok supaya menjadi platform bagi memperkasakan pendidikan bahasa ibunda, memperkembangkan budaya berbilang kaum serta mempertingkatkan demokrasi dan hak asasi, agar hasrat murni yang diidam-idamkan Lim Lian Geok dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *