Menu

LLG: Hentikan intimidasi terhadap lidah parti!

Sumber : Merdeka Review

Jul 14, 2010 04:15:04 pm

 

Kerajaan telah menolak pembaharuan permit percetakan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Suara Keadilan dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap pencetak (printer) dan penjual akhbar.  Dalam hal ini, LLG berpendapat kerajaan telah mencabul prinsip kebebasan akhbar.

Sebagaimana yang sedia maklum, FELDA telah membuat keputusan untuk menyaman Suara Keadilan berhubung artikel berjudul “FELDA Bangkrap”.  Maka, kerajaan tidak wajar melarang Suara Keadilan daripada meneruskan penerbitan.  Terserahlah kepada sistem kehakiman untuk menyempurnakan proses tersebut, dan keputusan ini selari dengan semangat kedaulatan undang-undang.

Dakwaan pembangkang bahawa aset FELDA berkurang mendadak dan mungkin disebabkan rasuah dan pemborosan, jelas merupakan satu topik yang berkaitan dengan kepentingan awam.  Keputusan kerajaan untuk mengharamkan Suara Keadilan selepas pembongkaran isu tersebut menimbulkan keraguan.  Tindakan tersebut akan mencabul hak rakyat akses kepada informasi dan dianggap menyebelahi kepentingan kerajaan sekarang.

 

Kami membantah tindakan kerajaan mengharamkan penerbitan dan peredaran maklumat sewenang-wenangnya.  Kebebasan bersuara adalah asas kepada masyarakat demokrasi.  Kerajaan harus memastikan ruang kebebasan terbesar kepada rakyat.  Bagi meningkatkan mutu dan kualiti laporan akhbar, kerajaan mesti membenarkan lebih banyak media baru wujud untuk menyemak dan menyeimbangkan akhbar yang selalu membekalkan maklumat yang salah dan memutarbelitkan.  Persaingan yang sihat akan memaksa media menjaga profesionalisme bertaraf tinggi.

Kami mengutuk Kementerian Dalam Negeri berhubung pemberian surat tunjuk sebab kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana lidah rasminya Harakah “menjual penerbitan kepada bukan ahli parti” dan alasan-alasan teknikal lain.  Penerbitan parti politik hanya boleh disebarkan kepada ahli-ahli bercanggah dengan kebebasan media.

Kami agak terkilan apabila dimaklumkan bahawa lidah rasmi DAP iaitu Rocket juga menerima surat tunjuk sebab mengenai penerbitan dua versi rocket selepas tamat tarikh permit penerbitan.  Menurut Ketua Publisiti DAP Tony Pua, permohonan memperbaharui permit telahpun diserah kepada KDN tetapi kementerian sentiasa lewat meluluskan permit.

Kami menegaskan bahawa orang awam mempunyai hak untuk mengetahui pendirian dan pendapat PKR, PAS dan DAP dalam pelbagai isu yang menghadapi Negara kita.

Sistem lesen penerbitan yang diinstitusikan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 mengawal media tempatan dengan ketat, menyebabkaan media cetak mengenakan penapisan sendiri dan penyekatan sendiri di dalam satu zon yang dianggap dibenarkan.  Kami menggesa kerajaan meminda akta tersebut, memansuhkan sistem lesen penerbitan dan digantikan dengan sistem pendaftaran bagi mempertahankan hak penyebaran media dan hak kepada informasi rakyat.

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.