Menu

[Event] 2017 Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa

12x8_banner- BANNER

Pertandingan Seni Kolase “Pendidikan Berbilang Bahasa”

sempena Hari Bahasa Ibunda Sedunia 2017

 

  Pengenalan 

 

Hari Bahasa Ibunda Sedunia disambut pada 21 Februari setiap tahun melalui pengisytiharan oleh UNESCO sejak 17 November 1999 untuk mengiktiraf kepelbagaian bahasa dan budaya dalam kalangan penduduk dunia dengan menginterpretasikan bahasa ibunda merupakan bahasa yang pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan untuk berhubung sesama keluarga serta lingkungannya sama ada bahasa itu besar atau sebaliknya yang begitu penting dalam kehidupan sesuatu kelompok etnik sebagai satu budaya amalan. Selain itu, sambutan ini juga menjadi bukti bahawa UNESCO mengakui pelestarian bahasa ibunda di samping menggalakkan penggunaan lebih daripada satu bahasa dalam sesebuah negara.

Sebenarnya, sambutan Hari Bahasa Ibunda berpunca daripada satu peristiwa di Bangladesh. Pada 21 Februari 1952, Bangladesh masih merupakan Pakistan Timur, empat orang pelajar universiti dari Bangladesh terbunuh semasa mereka berkempen untuk menjadikan bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa Benggali, sebagai bahasa rasmi Pakistan.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak bahasa ibunda. Jadi, Malaysia merupakan satu daripada 28 buah negara yang menyokong cadangan pengisytiharan 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda oleh UNESCO.